Saturday 17 December 2011

Aku adalah..."remote" hidupku! (4)

Episod 4 ~ Sabar kunci segalanya..


           Syifaa sudah kembali ke sekolah. SPM hanya tinggal dua minggu sahaja lagi. Syifaa mulakan langkah kanan dan senyuman yang menawan melangkah masuk ke pintu pagar sekolah. Wafiey mencuit bahu Syifaa dari arah belakang dan membuatkan Syifaa terkejut. Syifaa menoleh. Kehadiran Wafiey yang berpakaian kemas dengan senyman mesra membuatkan Syifaa tersentak. Syifaa segera menoleh ke arah lain. Kelibat Alya memandang dari jauh. Syifaa lantas meninggalkan Wafiey tanpa mengeluarkan sepatah kata pun.

           Seperti biasa Syifaa dan rakan-rakannya berehat di kantin tetapi tidak Alya. Alya duduk keseorangan di kerusi padang sekolah. Syifaa mendekatinya. Alya lantas berdiri dan meningaalakan Syifaa tetapi ditarik lengannya oleh Syifaa.
           "Kenapa awak bersikap macam ni Alya? Saya tak faham. Kenapa awak selalu mengelakkan diri daripada saya? Saya sakit pun awak tak jenguk, itu ke namanya sahabat?!" Syifaa berterus terang dan sudah tidak tahan diperlakukan sebegitu. Tapak tangan Alya lantas hinggap tepat di pipi Syifaa.
           "Alya!!" jerit Syifaa menahan sakit.
           "Sahabat awak cakap? Saya tak ada sahabat macam awak ni Syifaa! Saya lebih memilih untuk berkawan dengan Amy daripada orang macam awak Syifaa! Awak ni pentingkan diri sendiri, tak pernah hormat perasaan orang lain! Awak ni.. makan kawan dari belakang!" suara lantang Alya menyebabkan Syifaa tersentak. Dia sama sekali tidak faham dengan apa yang Alya katakan. Alya berlalu pergi meninggalkannya seorang diri. Syifaa tidak dapat menahan emosinya. Dirinya kini tertekan dan mindanya berserabut. Baru sahaja malam tadi ditengking ayahnya dan kini sahabat karibnya sendiri menengkingnya. Syifaa buntu. Syifaa segera mencari botol ubatnya. Ditelannya sebiji pil tanpa meminum air. Syifaa terduduk.

            Syifaa termenung jauh. Dia duduk di kerusi di veranda biliknya. Mindanya ligat memikirkan tentang masalah yang dihadapinya. Suara ayahnya dan Alya menengkingnya terngiang-ngiang di telinganya. Fikirannya berserabut. Dia tidak faham dengan kerenah Alya dan dia juga tidak mahu menuruti kehendak ayahnya kerana minatnya hanya terhadap penyiasatan bukannya bisnes. Syifaa menggapai botol ubatnya tetapi dihalang oleh Siddiq. Siddiq memerhatikan botol ubat tersebut.

            "Kenapa Syifaa mesti bergantung dengan benda ni?". Persoalan Siddiq mengejutkan Syifaa. Siddiq menghela nafas panjang.
            "Sekarang ni, apa yang mengganggu fikiran adik? Kenapa adik mesti ambik ubat ni?". Siddiq sangat mengambil berat tentang adiknya. Tambah-tambah lagi Syifaa sering sakit semenjak dua menjak ini. Siddiq risau jika sakit itu akan menyerang lagi ketika SPM nanti.
            "Huh.. tak tahu lah bang. Banyak sangat Syifaa nak kena lalui. Abang tentu dengar kan apa yang papa cakap malam tadi? Adik tak nak. Adik tak minat bisnes. Cita-cita adik bukan nak jadi businesswoman pun.."
            "Lagi..?"
            "Lagi..? Uh.. subjek kimia , fizik dan matematik tambahan adik masih gagal. Macam mana adik nak dapat straight A's nanti..."
            "Lagi..?"
            "Apa yang lagi nya?!"
            "Lagi masalah yang adik bingungkan?"
            "Itu je lah.. Kenapa?"
            "Dik, abang dah tahu semuanya... pasal Alya juga kan.."
            "Huh..? Mana abang dapat tahu?"
            "Penyiasat.. kan Syifaa nak jadi penyiasat, abang pun nak rasa juga..". Siddiq bergelak ketawa.
            "Ish, abang ni.. intip adik kat sekolah eh?!"
            "Wasting my time to do that little girl!". Siddiq tersengih.
            "Habis tu..? Huhh... banyak sangat benda yang adik kena fikirkan. Pasal papa lah, Alya lah, SPM lah.. sakit lagi.. kenapa abang dulu tak macam adik sekarang..? Ini tak adil kan.."
            "Eh, siapa cakap?! Abang macam adik jugak tapi abang cuma sakit kepala saja. Papa pun ada suruh abang sambung kat Korea tapi abang tak nak. Abang pun tak minat bisnes. Abang nak jadi juruterbang. Tapi abang sabar menghadapi semua tu. Abang ikut je as long benda tu tak timbulkan masalah..."
            "Tapi kenapa adik tak dapat..?". Air mata Syifaa berlinangan. Siddiq memeluk tubuh adiknya dengan erat. Dia cuba menenangkan adiknya. Dia tidak mahu adiknya jatuh sakit lagi.
            "Syifaa.. dalam Al-Quran pun ada tertulis, setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Sudah menjadi lumrah manusia yang lain dijadikan ujian untuk diri kita tapi percayalah, setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya dan setiap kesusahan yang dilalui, pasti akan berakhir suatu masa nanti. Jadi, sabar adalah kunci segalanya. Ingat satu je, sabar. Kalau sabar tu ada, semua akan jadi lancar, InshaAllah..". Kata-kata Siddiq memberi kesan kepada Syifaa. Syifaa mengesat air matanya. Dia kini seolah-olah mempunyai semangat baru.
             "Adik cuba slow talk dengan Alya. Abang pasti, Alya tak akan bersikap macam tu lama-lama. Dan.. Syifaa mesti berani kemukakan pandangan Syifaa. Syifaa kena buktikan yang Syifaa akan capai cita-cita Syifaa. Kalau pun Syifaa tak dapat keputusan yang bagus semata-mata tak nak belajar kat Perth tu, adakah penyiasatan perlukan keputusan seperti yang Syifaa dapat tu? Jadi, Syifaa kena usaha lebih untuk capai cita-cita Syifaa. Syifaa! Hwaiting! ". Siddiq memberikan semangat kepada adik kesayangannya.


             ****

          "Syifaa.. tunggu sekejap! ". Alya berlari ke arah Syifaa. Alya menguntumkan senyuman ikhlas.
Syifaa membalas senyuman itu dengan hati yang terbuka.
          "Syifaa.. saya nak minta maaf dengan awak. Selama ni saya termakan hasutan Amy. Dan pasal saya kena trick Amy yang dekat belakang padang tu bukan salah awak. Sya minta maaf sebab menuduh awak sengaja nak larikan diri dari Amy dan mempergunakan saya. Saya m...". Kata-kata Alya dipintas oleh Syifaa.
         "Alya! Dah Alya dah.. Saya dah lama maafkan awak, lagipun kita kan sahabat?". Alya memeluk erat tubuh sahabatnya itu. Mereka kembali bergelak ketawa dengan riang. Syifaa menarik nafas lega dan memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi.

          SPM hanya tinggal seminggu. Syifaa dan rakan-rakannya mengadakan study group di rumah masing-masing mengikut giliran. Siddiq menjadi rujukan tentang sesuatu yang mereka tidak faham. Ayah Syifaa melihat mereka belajar bersama-sama dan tersenyum. Hati Syifaa resah. Senyuman ayahnnya membawa beribu maksud. Syifaa terus menggeleng-geleng kepalanya.
         "Eh, Syifaa kenapa ni?" tanya Evie.
         "Uhh? Oh.. haa.. umm.. tak ada apa.."jawab Syifaa. Siddiq menoleh ke arah tangga yang dinaiki ayahnya tadi. Siddiq pasti memahami apa yang sedang difikirkan oleh adiknya itu. Syifaa dan Siddiq amat akrab sehingga kadang-kadang mereka digelar kembar kerana mempunyai ciri-ciri yang sama dan sangat mengambil berat antara satu sama lain.

          Syifaa dan Siddiq sedang menonton drama Korea kegemaran mereka. Ibunya turut menonton bersama mereka. Ayah mereka duduk di sofa. Syifaa mula rasa gelisah kerana takut ditanya tentang persiapan untuk mmenghadapi SPM. Siddiq memberikan isyarat relaks kepada adiknya.

         "Macam mana persiapan Syifaa? Dua hari lagi nak SPM kan..". Syifaa tersentak. Tekaannya tepat sekali !
          "Aa.. dah.. InshaAllah dah ready papa.." jawab Syifaa ringkas.
          "Baguslah kalau macam tu. Senang hati papa nak daftarkan kamu berdua di Perth nanti.."
          "Huh? Perth? Buat apa belajar kat sana?". Syifaa memberanikan dirinya bersuara.
          "Buat apa Syifaa tanya?! Papa nak Syifaa dan Siddiq belajar bisnes dekat sana supaya nanti kamu berdua dapat bekerja dekat syarikat papa dan majukan syarikat papa! Tak kan itu pun Syifaa tak tahu!"
          "Tapi pa.. Syifaa tak minat bisnes! Siddiq pun sama. Syifaa lebih cenderung dengan bidang penyiasatan dan Siddiq pula minat nak jadi juruterbang.." jelas Syifaa. Siddiq terkejut dan segera menutup mulut Syifaa.
          "Apa abang ni?! Abang yang suruh Syifaa kemukakan pandangan Syifaa!"
          "Apa Syifaa cakap?! Tak boleh! Syifaa dan Siddiq mesti ikut apa yang papa nak. Kalau bukan kamu berdua, siapa lagi waris syarikat papa nanti?! Itu pun kamu tak dapat fikir ? Huh, Siddiq?!"
          "Syifaa tak nak! Syifaa tak suka bisnes! Papa hanya pentingkan diri sendiri!". Tangan ayahnya pantas menampar Syifaa tetapi pantas Siddiq menggantikan dirinya untuk melindungi Syifaa. Tamparan papa agak kuat mungkin kerana papa benar-benar marah. Siddiq terjatuh dan kepalanya terhantuk kuat di bucu meja televisyen! Darah mengalir dan Siddiq rebah.
          "Abang!!!!!!!! Papa jahat!". Syifaa segera menghampiri Siddiq. Siddiq dikerjakan ke hospital. Luka Siddiq mungkin serius. Syifaa tidak berhenti menangis kerana risau apa yang akan terjadi kepada abangnya. Ibunya memeluk erat Syifaa untuk menenangkannya. Doktor yang merawat Siddiq keluar.
           "Kenapa ni doktor?" tanya ayah Syifaa.
           "Bertenang Encik. Kami ingin menjalankan beberapa ujian terhadap anak encik dan kami juga akan menjalankan ujian X-ray untuk mengesahkan jika ada apa-apa berlaku terhadap kepalanya. Sila bawa bertenang encik," jelas doktor itu. Syifaa terduduk. Dia sangat takut untuk menerima keputusan ujian itu nanti.
            "Ini semua salah abang! Abang ni pentingkan diri sendiri. Tengok sekarang apa dah jadi?! Anak sendiri pun abang nak..." tangan ibunya segera ditarik oleh Syifaa. Mereka setia menunggu.
            "Syifaa, mari balik. Esok Syifaa nak sekolah. Belajar pun belum lagi kan?"
            "Papa! Sekarang pun papa masih nak pentingkan pelajaran daripada anak papa yang sakit? Syifaa tak nak balik selagi abang tak sedar!". Syifaa mungkin agak biadab tetapi itulah hakikatnya. Syifaa sangat terkilan dengan tindakan ayahnya dan dia juga rasa bersalah kerana dirinya, abangnya yang menjadi mangsa.


            ****

          Sudah tiga hari Siddiq terlantar di hospital. Syifaa setia menemani abangnya di hospital walaupun SPM sedang berlangsung. Dia sanggup membawa buku-bukunya untuk mengulangkaji pelajaran di hospital.
          "Menurut pemeriksaan X-ray , hentakan yang dialaminya agak kuat dan menyebabkan Siddiq hilang ingatan. Lukanya juga sudah dijahit dan agak dalam. Dalam minggu pertama, Siddiq akan mengalami sakit kepala yang kuat terutama apabila dia cuba mengingatkan sesuatu. Bahagian luka juga akan berasa sakit dan akan sembuh dalam sebulan paling singkat. Dia masih perlu diberi rawatan rapi dalam minggu pertama..". Itulah yang dijelaskan oleh Doktor Arsyad. Syifaa sepatah pun tidak bercakap dengan ayahnya.

           Siddiq terjaga. Dia cuba untuk duduk tetapi kepalanya terasa sakit.
           "Aaa.aaa..sakit.." rungutan Siddiq menunjukkan sakit yang dirasainya sangat perit. Syifaa cemas. Siddiq pengsan. Doktor Arsyad segera memeriksa Siddiq.
           "Jangan risau, perkara ini memang biasa bagi mereka yang mengalami hentakan di kepala dan pesakit yang hilang ingatan. Sebentar lagi dia akan sedar dengan sendiri,". Penjelasan Doktor Arsyad melegakan Syifaa. Syifaa masih belum berkesempatan berkomunikasi dengan Siddiq kerana Siddiq baru sedarkan diri pagi semalam.

           Siddiq terjaga. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan.
           "Awak siapa?". Soalan yang diajukan sedikit mengejutkan Syifaa.
           "Uhh? Oh.. Nama awak Ahmad Siddiq. Awak hilang ingatan sebab terlanggar bucu meja di ruang tamu. Saya Nurul Syifaa, adik awak," jelas Syifaa. Syifaa mula berasa sebak.
           "Oh. Hah? Saya hilang ingatan? Betul ke?". Ibu Syifaa menerpa masuk ke bilik wad Siddiq. Syifaa sudah tidak tahan lalu keluar dari bilik wad tersebut.
           "Siddiq, macam mana keadaan Siddiq sekarang?" tanya ibunya.
           "Mama.. Kenapa dia keluar? Betul ke dia tu adik Siddiq?"
           "Betul. Hanya dia seorang adik beradik Siddiq. Dia keluar sebab dia tak sanggup tengok keadaan abang dia yang sakit. Pada mulanya dia tak dapat terima yang abang kesayangan dia hilang ingatan..". Penjelasan ibunya membuatkan Siddiq termenung. Dia cuba mengingatkan sesuatu tetapi tidak berhasil dan hanya menimbulkan kesakitan padanya. Syifaa duduk di kerusi di ruang menunggu.
            "Kalau adik ada masalah, adik jangan lupa solat tau. Adik mesti luahkan pada Allah sebab Allah lah sebaik-baik tempat mengadu. Tetapi kita tak boleh melampaui batas. Ingat pesan abang, buka Al-Quran, InshaAllah ayat yang adik baca ada kena mengena dengan keadaan adik waktu itu," pesanan Siddiq terngiang-ngiang di telinga Syifaa. Asar hampir tiba. Syifaa belum menunaikan solat Zohor. Astaghafirullah alazim! detik hati Syifaa. Dia segera beristighfar kerana terleka dengan pelajarannya tadi hingga lupa menunaikan kewajipan seorang muslim. Syifaa lantas berlari ke arah surau hospital untuk menunaikan solat Zohor dan seterusnya Asar.


                      ****

           Subjek yang belum tiba hanya tinggal empat sahaja.
          "Arghh! four killer subjects lagi tinggal ! Semoga berjaya Syifaa!" seru hati Syifaa mengembalikan semangatnya. Dia masih lagi bergantung dengan ubatnya kerana kadang-kadang Syifaa tidak dapat menstabilkan tekanan yang dialaminya. Syifaa bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajarannya walaupun tiada musik menemaninya. Dia rindu dengan abang Siddiq yang dulu. Syifaa tidak patah semangat walaupun abangnya sakit dan tiada kata semangat dari Siddiq. Ibunya sentiasa berpesan agar membaca doa sebelum memulakan jawapan terutama doa penerang hati dan doa Surah Asy-Syarh. Syifaa sentiasa simpan pesan itu di dalam ingatannya.

           "Syifaa turun sekolah dengan papa. Hari hujan," ayahnya cuba memujuk hati Syifaa yang masih marahkan ayahnya.
           "Tak nak.." jawab Syifaa ringkas.
           "Baiklah, kalau macam tu mama hantar Syifaa, okay," pujuk ayahnya. Syifaa tidak memberikan sebarang respon.
           "Papa tak boleh control Syifaa macam ni. Syifaa bukan robot dan papa bukan remote control yang boleh kawal hidup Syifaa. Papa, Syifaa ada impian Syifaa sendiri, sama juga dengan Siddiq. Syifaa tak nak hidup dan ikut sahaja apa kehendak papa. Syifaa tak suka dipaksa! Syifaa belajar bersungguh-sungguh sebab nak jadi penyiasat. Siddiq pula nak jadi juruterbang. Tak salah kan kalau papa biarkan kami kejar impian kami? Syifaa tahu papa sayang dengan Syifaa dan abang. Kalau betul papa sayang kami, biarkanlah kami mengejar cita-cita kami.."
           "Sudahlah papa nak pergi kerja..". Ayahnya berlalu begitu sahaja. Syifaa memberontak.
           "Sabar adalah kunci segalanya..." kata-kata Siddiq timbul di ingatannya.
           "Sabarlah sayang.. nanti papa pasti ubah fikiran dia,". Ibunya bersuara. Syifaa mengangguk. Syifaa berangkat ke sekolah dan Syifaa memeluk erat tubuh ibunya sebelum keluar dari kereta Vios putih kepunyaan ibunya.


              

No comments:

Post a Comment