Friday 23 December 2011

Aku adalah... "remote" hidupku ! (6)

Episod 6 ~ Mesti terjadi??


          Minggu kedua berada di Korea, Syifaa masih rasa seronok. Syifaa ingin pergi ke pulau Jeju yang sangat popular di Korea. Syifaa memujuk Mama untuk membawanyapergi ke pulu Jeju.
          "Ma... nak tak esok kita pergi Pulau Jeju?? Boleh la ma...?" suara manja Syifaa kedengaran oleh ibunya di depan televisyen.
          "Apa ada kat situ sayang? Best tak?" tanya Mama sengaja memainkan Syifaa.
          "Kat situ ada air pulau yang menyegarkan mata memandang, cewah! Haha.. mestilah best mama.. Kita pergi okay? "
          "Hmm...". Syifaa mendekati ibunya dan duduk rapat disebelah ibunya.
          "Boleh la mama... Mama kan sayang Syifaa.."
          "Mestilah mama sayang. Kenapa pulak tak sayang?"
          "Ish, mama ni. Boleh ke tak ni? Kalau tak boleh, nevermind lah.."
          "Syifaa rasa? Hmm.. arattha.."
          "Betul ni ma?? Yeah!! Mama dah pandai cakap Korea! saranghae omma!" kata Syifaa sambil memberikan kucupan di pipi ibunya. Mama turut membalas kucupan tersebut.

          Mereka berangkat ke Pulau Jeju pada pukul empat petang. Suasana di pulau itu menenangkan. Syifaa menarik tangan ibunya ke pesisiran pulau itu. Syifaa merasai air pulau itu. Syifaa sangat bersyukur kerana dapat pergi ke tempat yang diidamnya selama ini.
          "Terima kasih mama sebab bawa Syifaa ke sini. Syifaa sayang mama!" kata Syifaa riang. Siddiq megajak Syifaa membina istana tanah. Mereka membina satu istana tanah yang kecil tetapi sangat tahan. Mama mengambil gambar Syifaa dan Siddiq membina istana tersebut. Siddiq ingin sahaja mandi di pantai Hyeopjae itu.
          "Mama, jom pergi ke Cheonjaeyeon Waterfall.. Siddiq nak mandi kat air terjun lah.. boleh eh?" tanya Siddiq. Mama hanya mengangguk. Mereka menaiki teksi ke tempat air terjun tersebut.
          Tiba sahaja di Cheonjaeyeon Waterfall, Siddiq segera menarik tangan Syifaa dan Mama ke kaunter bayaran masuk. Hanya  2,050 won jika dalam satu kumpulan.
          Siddiq, Syifaa dan Mama menukar baju untuk bermandi-manda di air terjun tersebut. Siddiq dan Syifaa kelihatan sangat gembira. Mama sangat bersyukur dapat melihat anak-anaknya bergelak ketawa terutama Syifaa yang sering sakit sebelum ini. Siddiq menepis-nepis air sungai itu ke muka Syifaa. Syifaa membalas.Mama turut ikut bersama. Mereka mensyukuri masa bersama yang akan menjadi kenangan manis antara mereka.
           "Mama, last request from me... please.."
           "Now where dear?"
           "Teddy Bear Museum? Can we?" tanya Syifaa sesudah selasai bermandi-manda di air terun tadi. Mama mengangguk dan Siddiq menahan sebuah teksi untuk ke muzium yang Syifaa inginkan.
           "Bring us to Teddy Bear Museum please. Kamsahamnida Ahjussi.. " kata Siddiq kepada pemandu teksi tersebut. Tiba sahaja di hadapan pintu utama muzium, Syifaa memeluk ibunya dan mengucup pipi ibunya.
           "Terima kasih sebab dah tunaikan permintaan Syifaa. Sayang Mama!" kata Syifaa girang. Mereka terus masuk dan bayaran masuk berjumlah 6,000 won untuk orang dewasa dan 5,000 won untuk remaja.
           "Wah! Banyak nya teddy bear! Mama, buy me one.. just one ! Please..." rayu Syifaa yang sangat gemar dengan anak patung. Satu anak patung sebesar separuh tubuhnya diberikan Mama kepada Syifaa. Sekali lagi Syifaa memeluk ibunya dan dan mengucup pipi ibunya. Mama tersenyum girang. Siddiq cemburu tetapi dia tidak meminati anak patung. Setelah selesai melawati muzium anak patung, mereka pulang ke Seoul .

           ****

          
           Syifaa menikmati permandangan pada waktu malam di Seoul. Suasana yang dingin menusuk ke dalam tubuhnya. Syifaa berasa sejuk dan dingin yang turut dirasai oleh hatinya. Dia teringat kembali kata-kata ayahnya. Seolah-olah kata-kata ayahnya yang menyuruhnya belajar luar negara untuk mewarisi syarikat ayahnya itu sedang menghantuinya. Tambah-tambah lagi dia kini sedang menunggu keputusan SPM. Headphone yang dipasangkan ke telinganya memberikan layanan kepada lagu-lagu bernada pelahan, sesuai dengan apa yang bermain di fikirannya. Dia sukar untuk membuat keputusan sendiri kerana dia takut derhaka kepada ayahnya.
           "Sayang buat apa kat luar ni, tak sejuk ke?". Mama muncul sambil memeluk bahu Syifaa. Syifaa membuka headphone.
           "Tak ada apa lah ma.. cuma terfikir tentang sambung belajar nanti.."
           "Kenapa? Syifaa masih ragu-ragu nak ikut apa yang ayah suruh ataupun nak kejar cita-cita Syifaa kan?"
           "Aahh.. tu satu, satu lagi Syifaa belum sedia nak terima keputusan SPM Syifaa. Adik takut keputusan adik tak sehebat keputusan abang... Nanti Papa mesti naik darah.."
           "Sayang.. apa pun keputusan yang Syifaa dapat nanti, itu hasil usaha Syifaa. Papa tak boleh buat apa melainkan bantu Syifaa dapatkan universiti unuk Syifaa sambung belajar. Pilihan ada di tangan Syifaa, percayalah. Syifaa berhak buat keputusan sendiri dan Papa mesti hormat keputusan Syifaa dan juga abang Siddiq. Anak mama dan papa ni dah besar dan matang, pasti kamu berdua tahu apa yang patut dilakukan.."
           "Terima kasih mama beri dorongan untuk adik.."
          "Sudah menjadi tanggungjawab seorang ibu kan.." kata mama sambil memeluk erat tubuh anak kesayangannya itu. Kasih sayang yang diberikan kepada Syifaa dan Siddiq sama rata dan tiada berat sebelah. Tambah-tmbah lagi jarak umur mereka hanya beberapa bulan sahaja.


            ****


          "Aaargghhh!! Sakit.. Aduhh.." Siddiq mengerang  kesakitan di kepalanya. Mama dan Syifaa segera menghampiri Siddiq.
          "Kenapa ni sayang?" tanya Mama risau. Syifaa sempat melihat drama Korean yang memaparkan aksi seorang suami menolak isterinya sehingga meyebabkan kepala isterinya luka berdarah akibat terhempap di pasu bunga. Siddiq masih mengerang kesakitan.
           "Ma, tak ada bekal ubat abang?"
           "Ada,cuba cari dalam beg abang, cepat dik.." kata Mama sambil meredakan kesakitan Siddiq. Ubat yang dicari telah dijumpai. Siddiq kebali tenang sedikit demi sedikit. Sesuatu perkara tidak betul pada Siddiq. Dia hanya diam dan termenung.
           "Ma.. adik rasa abang dah ingat semula apa yang menyebabkan dia hilang ingatan. Sebab tadi adik sempat tengok drama kat televisyen tu tadi. Aksi yang ditunjukkan hampir sama dengan apa yang abang alami. Tapi, kalau abang tahu, apa yang dia akan buat?" jelas Syifaa. Syifaa sedikit bingung melihat reaksi abangnya itu.
           "Siddiq.. kenapa ni? Sayang.. dengar tak mama cakap ni??" tanya Mama. Siddiq menggeleng. Dia terus masuk tidur.

           Mama tiba-tiba terjaga kerana Siddiq meragam-ragam. Dia seolah-olah bermimpi sesuatu yang menakutkannya. Mama menggerakkan Siddiq.
           "Siddiq.. Siddiq.. kenapa ni sayang? Siddiq.. ". Siddiq tersedar. Tubuhnya berpeluh dan jantungnya berdegup kencang.
           "Mengucap sayang. Kenapa ni.?? Siddiq mimpi apa?"
           "Maa.. papa.. ". Siddiq terus memeluk ibunya. Sukar untuk difahami apa yang dituturkannya.


         ****


         Suasana malam di Seoul amat dingin dan menenangkan. Siddiq bercadang ingin ke restoran yang popular dengan menu Steamboat selepas mereka selesai membeli belah di pusat beli-belah. Restoran tersebut berada di seberang pusat beli-belah itu sahaja. Syifaa sangat mengidamkan makanan seperti itu. Itu menjadi kegemaran Siddiq dan Syifaa setiap kali bercuti di tempat-tempat perlancongan. Syifaa suka dengan stail pakaian orang Korea yang padan dengannya memakai tudung. Mama menasihati Syifaa supaya jangan boros berbelanja dan kalau boleh kurangkan kandungan bagasi supaya tidak terlalu berat.
          Setelah selesai membeli belah, mereka menuju ke restoran tadi. Kelihatan lampu-lampu menyinar di depan restoran itu bagi menarik perhatian orang ramai mengunjungi restoran tersebut. Syifaa sudah berasa lapar dan teruja untuk menikmati makanan idamannya. Tanpa melihat kiri dan kanan, Syifaa terus berlari menyeberangi jalan dan pada masa yang sama sebuah kereta toyota meluncur laju.
          "Adik!!!!" jerit Siddiq. Mama terus berlari dan hanya sempat menolak Syifaa ke tepi jalan sementara dia sendiri rebah dilanggar kereta tadi. Mama tidak sempat menyelamatkan dirinya sendiri.
          "Mama!!!" Siddiq terus menghampiri ibunya. Darah mengalir dari kepala ibunya. Pemandu tadi menghubungi pihak hospital. Syifaa cuba duduk dan luka di dahinya amat perit. "Aaahh.." Syifaa mengerang kesakitan. Tapak tangannya juga tercalar. Syifaa menoleh ke belakang, "Mama!!!!!", Syifaa berdiri dan berlari ke arah ibunya. Mereka dikejarkan ke hospital berdekatan. Syifaa mungkin terkejut dan otaknya masih blurr dengan kejadian tadi. Syifaa pengsan di pangkuan Siddiq semasa dalam perjalanan ke hospital. Syifaa dan Mama segera dibawa ke bilik rawatan. Siddiq hampir jadi gila kerana kedua-dua orang yang disayanginya kini terlantar di hospital.
           Doktor Park Seungwan menyatakan bahawa Mama kehilangan banyak darah dan pada masa yang sama, pihak hospital kehabisan bekalan darah. Kini mereka perlu menunggu penderma darah ataupun bekalan darah dari pusat bekalan darah Seoul. Luka di dahi mama telah dijahit dan tangan kiri mama patah akibat terhempap di jalan raya dengan kuat.
           Siddiq mengeluh panjang. Dia menjenguk Syifaa di biliknya.
           "Adik.. adik okey tak?" tanya Siddiq. Syifaa membuka mata perlahan-lahan.
           "Oh, abang. Adik okey.. Mama mana bang?"
           "Mama masih dalam ICU. Mama kehilangan banyak darah dan sekarang kita kena tunggu penderma darah ataupun bekalan darah sampai.."
           "Kalau macam tu ambiklah darah adik, kan darah kita sekeluarga semuanya sama.."
           "Adik! Adik masih lemah sekarang ni.."
           "Abang! Adik yang menyebabkan mama jadi macam ni. Biarlah adik tebus kecuaian adik, kalau adik tak lari tadi, mesti kita tak jadi macam ni.. cepatlah bang! "
           "Okey..okey.." kata Siddiq. Dia terpaksa menurut kerana tidak mahu Syifaa membebankan fikirannya kerana kecuaiannya. Doktor Park datang untuk mengambil darah Syifaa. Baru sahaja beberapa minit disuntik, Syifaa pengsan.
           "Adik.. bangun dik.. dik.."
           "Let her be. Maybe she was in shocked and still weak. Let she rest to recharge her energy," kata Doktor Park. Siddiq keluar dari bilik wad Syifaa. Pergerakannya perlahan. Air matanya berlinangan. Dia tidak dapat menghadapinya seorang.

           Syifaa terjaga. Dia ingin melihat keadaan ibunya walaupun tubuhnya masih lemah. Dicabutnya jarum di tangannya dan keluar dari bilik wad tersebut. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Papa menghubunginya. Dia lantas menjawab panggilan tersebut.
           "Syifaa buat apa pada mama?! Syifaa nak mati kah? Syifaa tak sayang diri ke?! Syifaa! Papa dah beli tiket ke sana esok pagi. Kalau papa sampai nanti, siaplah Syifaa! Papa takkan maafkan Syifaa kalau apa-apa jadi kat mama!" panggilan tersebut dihentikan tanpa sempat Syifaa bercakap sepatah kata pun. Syifaa terduduk. Matanya berkaca. Kelibat Siddiq menuju ke wad Syifaa disedari olehnya.
Dia terus berlari mengikut arah yang lain dan keluar dari hospital tersebut. Dia berlari tanpa arah dan tujuan yang tepat. Syifaa dalam kerunsingan dan ketakutan. Dia menangis sepuas hatinya sambil terus dan terus berlari.
           Satu kereta Honda berhenti dengan bunyi yang kuat. Syifaa rebah di lantai jalan. Pemandu kereta tersebut bersama anaknya keluar dari kereta dan melihat apa yang berlaku kepada Syifaa.
           "Syifaa!! gwenchanayeo? Oo? Syifaa?". Yusuf Kim berusaha menyedarkan Syifaa. Syifaa hanya mendengar namanya disebut tetapi penglihatannya kabur dan samar-samar. Syifaa pengsan di pangkuan Yusuf. Yusuf tanpa membuang masa terus mengangkat Syifaa mesuk ke dalam kereta mereka untuk dihantar ke hospital. Mujur sahaja hospital tidak jauh.
            "Appa, parli appa! parli!!" kata Yusuf kepada ayahnya.
            Setibanya di depan hospital, Syifaa terus diusung ke bilik rawatan. Jururawat yang bertugas berasa hairan pesakit yang sama diusung ke bilik kecemasan. Siddiq sedang mencari Syifaa di kaunter hospital. Dia ternampak tangan Syifaa yang menggunakan jam bewarna pink yang berkedip-kedipan.
           "Syifaa!! Chakkaman!" Siddiq menghampiri Syifaa.
           "Syifaa, kenapa ni?! Apa dah jadi?!". Syifaa terus diusung masuk dan Yusuf menahan Siddiq.
Siddiq mengeluh.
           "We're sorry for your sister. My father accidently hitted her when she suddenly appear crossing the road. Is there any problem that cause Syifaa acted like that?" tanya Yusuf Kim. Siddiq seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.
           "Oh, sorry. I'm Yusuf Kim, the one who hitted Syifaa in fronts of the masjid last week.."
           "Oh, you! Thanks for bring her here in time. I don't have idea why she acted like this.. My mum was hitted by a car hours ago when she wanted to save Syifaa. Syifaa was in shocked and weak. Just now she donated her blood to my mum and I am sure she still weak.." jelas Siddiq kepada Yusuf.
        
            Doktor Park keluar dari bilik rawatan. Dia menyatakan bahawa keadaan Syifaa semakin teruk kerana lukanya makin parah. Tangan kanannya juga terseliuh ketika terjatuh terguling dilanggar ayah Yusuf. Tekanan darahnya juga naik dan tubuhnya sangat lemah. Siddiq meminta Syifaa dipindahkan ke bilik yang sama dengan ibunya. Mujur sahaja Doktor Park memahami situasi Siddiq.
           Siddiq melihat wajah Syifaa dan Mama dengan tenang. Dia menundukkan kepalanya. Tangannya menahan kepalanya di atas riba. Dia memarahi dirinya sendiri kerana tidak mampu menjaga kedua-dua orang kesayangannya. Siddiq teringat pesanannya kepada adiknya dahulu bahawa jangan tinggal solat dan jika berada dalam kesusahan, rujuklah Tuhan Yang Maha Esa. Siddiq terus berdiri dan pergi ke tandas untuk mengambil wuduk. Dia menunaikan solat di dalam bilik wad adik dan ibunya. Setelah selesai solat, Siddiq kembali duduk di sofa yang terdapat dalam bilik itu. Siddiq akhirnya terlena dan seorang jururawat yang bertugas menyelimuti Siddiq kerana cuaca di Korea pada waktu malam sangat sejuk.
           "Kenapa semua ni mesti terjadi??" Siddiq bersuara perlahan dalam tidurnya...

Sunday 18 December 2011

Aku adalah... "remote" hidupku! (5)

Episod 5 ~ Aku redha...

          Alya dan Wafiey selalu menegur tingkah laku Syifaa sejak kebelakangan ini. Syifaa berasa agak rimas seolah-olah rakan-rakannya itu sedang mengawal tingkah lakunya hanya kerana dia sedang mengalami banyak masalah.
          "Syifaa, awak jangan lupa ulangkaji malam ni. Kalau pergi hospital tu , jangan lupa bawa buku eh..". Syifaa hanya mengangguk kerana perkara yang dipesan oleh Wafiey memang sudah dilakukannya sejak hari kedua Siddiq dimasukkan ke wad.
          "Syifaa, awak jangan lupa solat tau, don't skip meals, jangan terlalu fikir apa yang ayah awak cakapkan tu dan awak janganlah risau sangat dengan abang awak, InshaAllah dia akan pulih dengan izin Allah..". Kata-kata Alya juga merimaskannya. Entah kenapa dia berasa rimas setiap kali mereka bertutur dengannya. Bukan itu sahaja, malah, gerak gerinya dan juga apa sahaja yang Syifaa lakukan pasti ada yang membuka mulut dan bersuara. Syifaa rimas. Dia berlalu pergi dan terus memasuki kereta ibunya yang telah sampai di hadapan sekolah.
           "Hai Syifaa, susah ke ujian hari ni sampai muka masam je ni, huh? Ada apa-apa masalah ke sayang mama ni?". Pertanyaan ibunya hanya mampu digelengnya sahaja.
           "Mama, abang dah boleh balik rumah kan hari ni?" tanya Syifaa penuh riang. Ibunya terkejut melihat riak wajah anaknya itu.
           "Wah! Tiba-tiba happy nampak. Kalau pasal abang je, terus gembira ya.. Ya, betul abang dah boleh keluar dari wad hari ni.."
           "Sekarang ke kita jemput abang balik?"
           "Ish, Syifaa sayang... Syifaa tu baru je habis ujian. Kita pulang rumah dulu, lepas tu baru kita jemput abang, okay sayang?" kata ibunya. Syifaa mengangguk dan menguntumkan senyuman riang. Tersinar kegembiraan di wajah Syifaa. Ibunya bersyukur melihat dia gembira kerana sebelum ini dia hampir mengalami kemurungan. Setelah dibawa berjumpa dengan doktor yang juga seorang kaunselor separuh masa telah menyembuhkan Syifaa dari kemurungan yang berpanjangan.
            Kereta Vios meluncur laju di lebuhraya. Syifaa dan ibunya dalam perjalanan ke hospital untuk menjemput Siddiq pulang ke rumah. Syifaa sungguh excited untuk berjumpa dengan Siddiq. Tiba sahaja di hospital, ibunya segera melangsaikan yuran pembiayaan rawatan Siddiq selama lima hari berada di hospital. Sementara Syifaa terus berlalu pergi menuju ke bilik wad abangnya.
           "Abang!" jerit Syifaa riang. Siddiq menguntumkan senyuman gembira kerana sambutan yang penuh riang oleh satu-satunya adik kesayangannya itu. Ingatan Siddiq belum pulih tetapi dia sudah mula ingat dengan ahli keluarganya. Doktor membuka balutan di kepala Siddiq. Lukanya dibubuh ubat dan digantikan dengan kain dan plaster yang baru.
           "Baiklah Siddiq, kamu boleh tukar baju kamu ini dan pulang ke rumah. Tetapi ingat pesan saya, kalau kamu ingin mengembalikan ingatan kamu, jangan tergesa-gesa dan berfikir sedalam-dalamnya sehingga menyebabkan kepala kamu sakit. Satu lagi, jangan lupa makan ubat ya.." kata Doktor Arsyad.
           "Terima kasih doktor, saya akan ingat pesan doktor.." kata Siddiq.
           "Kamsahamnida doktor, sebab dah sembuhkan abang saya!" Syifaa menyampuk.
           "Haa, apa yang awak sebut tadi?"
           "Kamsahamnida.. maksudnya terima kasih dalam bahasa.."pertuturan Syifaa dipintas Siddiq.
           "Korea!" pintas Siddiq. Syifaa tersentak. Doktor Arsyad mengangguk dan berlalu pergi. Syifaa menepuk bahu Siddiq.
           "Apa..?"
           "Mana abang tahu tu bahasa korea?"
           "Eh, bukan Syifaa yang beritahu abang dulu. Ee, Syifaa ni lupa pula!"
           "Abang!!! Abang dah boleh ingat sikit-sikit kan.. alhamdulillah..". Syifaa memeluk erat tubuh abangnya tanda bersyukur.


                 ****


          Hanya tinggal satu sahaja lagi subjek SPM iaitu Biologi. Syifaa menumpukan sepenuh perhatian kepada ujian terakhirnya. Dia menngulangkaji pelajaran dengan bersungguh-sungguh dan ditemani oleh Siddiq yang sedang melyari facebook dan twitter untuk melihat kembali apa yang dilakukannya. Sejujurnya dia langsung tidak ingat semua temannya di laman sosial tersebut.
          Ppikkeut ppikkeut gojang nan nae maemuira..idaero bonael sun obseo ojeojaggo...
          "Syifaa! your phone is ringing!!" Siddiq meninggikan suaranya. Syifaa terlalu khusyuk belajar hinggakan tidak sedar telefon bimbitnya berbunyi. Lagu Korea menjadi pilihan untuk ringtone telefon bimbitnya. 'Papa' terpapar di skrin telefonnya. Syifaa teragak-agak untuk menjawab. Ayahnya hanya memberikan telefon itu sahaja kepadanya untuk kegunaannya jika ada masa kecemasan. Syifaa segera menekan butang bewarna hijau.
          "Assalamualiakum papa.."
          "Waalaikummussalam Syifaa. Macam mana ujian? Esok yang terakhir kan?"
          "Ya. Kenapa?"
          "Tak ada apa. Saja nak tanya khabar anak papa. Abang Siddiq okay?"
          "Tak payah tanya pasal abang lah!"
          "Eh, kenapa pulak?" tanya ayahnya. Syifaa tidak menjawab.
          "Baiklah Syifaa, papa ada kerja sekarang ni. Esok ujian yang terakhir kan, buat sebaik mungkin. Ingat apa yang papa cakap, Syifaa mesti dapat semua A untuk lulus belajar kat Perth.." jelas ayahnya lagi. Syifaa semakin bengang! Emosinya terganggu. Syifaa hanya diam. Syifaa terus menamatkan talian dengan ayahnya. Syifaa bersandar di kerusinya dan melepaskan nafas panjang. Syifaa sangat sensitif terhadap kehendak ayahnya itu. Seolah-olah dia belajar hanya kerana tuntutan ayahnya itu sahaja. Dia menikam telefon bimbitnya sekuat hati ke dinding biliknya. Syifaa merabhkan kepalanya di atas meja belajarnya. Dia menangis sepuas hatinya. Mood untuk belajar sudah hilang.

           "Kenapa ni dik? Apa papa cakap tadi?". Pertanyaan Siddiq tidak dijawab. Ibu mereka masuk kerana terdengar hentaman yang kuat ke dinding dan bunyi sesuatu pecah.
           "Apa bising-bising atas ni?"tanya ibunya. Ibu mereka masuk lalu tersepak telefon bimbit Syifaa yang sudah berkecai.
           "Kenapa telefon ni jadi macam ni? Huh, Siddiq? Kenapa dengan Syifaa tu?" tanya Mama sambil memegang telefon bimbit Syifaa. Siddiq hanya menjungkit bahunya. Mama mendekati Syifaa.
           "Kenapa ni sayang?". Pertanyaan ibunya juga tidak mampu dibalas oleh Syifaa.
           "Tadi papa call adik.. tak tahu apa yang papa cakap.." kata Siddiq. Mama cuba meredakan tangisan Syifaa. Siddiq tidak tahu apa yang terjadi dan terdapat banyak tanda tanda di dalam fikirannya. Syifaa menggenggam botol ubatnya. Mama segera merampas botol tersebut dari tangan Syifaa.
          "Leave me alone.." suara sebak Syifaa kedengaran. Siddiq terus keluar menuju ke ruang tamu tingkat atas. Mama memeluk Syifaa dan mengusap kepalanya lalu meninggalkan Syifaa keseorangan di biliknya. Ibunya lantas menghubungi ayahnya tetapi langsung tidak dijawab oleh Papa. Syifaa ingatkan ayahnya sudah lupa tentang itu setelah dia menampar Siddiq tetapi hakikatnya luka yang di alami oleh Siddiq tidak memberi kesan apa-apa kepada Papa.


                              ****


          Peperiksaan SPM telah pun tamat. Syifaa berasa sedikit lega. Cuma sedikit. Dia hanya bertawakkal dan redha menerima keputusan SPM nanti. "Aku redha..." keluh Syifaa lemah. Dia hanya berserah kepada Allah kepada hasil yang akan diketahui hampir empat bulan akan datang. Kini Syifaa menolong ibunya di butik. Dia ingin mencari pengalaman bekerja.Siddiq turut membantu. Siddiq kini hanya menunggu tawaran sambung belajar.

          Musim cuti sudah pun tiba. Mama bercadang ingin ke Korea untuk bercuti dan mencari pengalaman.
          "Sayang.. hari ni mama dah booked tiket. Mama nak bawa kamu berdua pergi satu tempat yang mungkin kamu berdua tak nak pulang .. ". Tutur kata mama menyebabkan Siddiq dan Syifaa berpandangan satu sama lain. Dahi berkerut memikirkan tempat yang akan dilawati. Syifaa mendekati ibunya.
          "Ma.. kat mana tu?" tanya Syifaa manja ingin mengetahui di mana tempat yang dikatakan ibunya. Siddiq juga mendekati ibunya sambil tersenyum kambing.
          "Emmm... Surprise!! " kata Mama. Siddiq dan Syifaa menghela nafas panjang. Mereka tidak berjaya mendapat jawapan daripada Mama. Syifaa dan abangnya tetap gembira walaupun dirahsiakan tempatnya.
          "Papa ikut sekali ke ma?". Pertanyaan Siddiq membuatkan Syifaa tersentak. Dia lantas berlalu pergi ke luar butik.
          "Huh? Oh.. tak, papa sibuk dengan kerja tambah lagi banyak meeting hujung-hujung tahun macam ni.."
          "Oh. Jadi, Siddiq , mama dan adik je lah yang pergi. Hope will be great there!" kata Siddiq.


                              ****

          Siddiq dan Syifaa sedang mengemas barang dan pakaian mereka untuk two weeks vacation. Mama masuk ke bilik Syifaa.
          "Satu je mama nak bagi hint, tempat tu sejuk.. so, jangan lupa bawa baju sejuk," kata Mama.
          "Paris ke mama?" tanya Siddiq. Mama menggeleng.
          "Tak kan Australia. Adik dah pantang dengan Australia sebab ada Perth.." sampuk Syifaa. Mama tetap menggeleng.
          "Dah dekat airport nanti baru lah mama bagitahu.." kata Mama sambil tersenyum.
          "Malam ni tidur cukup-cukup okay sayang, perjalanan jauh esok.." kata Mama lagi.
          "Mama..." suara Syifaa perlahan.
          "Ada apa sayang?"
          "Can you sleep by my side tonight?" tanya Syifaa manja. Suaranya sayup-sayup kedengaran.
          "Ahh.. mestilah sayang.."
          "Alah! Adik je, abang tak.." sampuk Siddiq merajuk.
          "Alahai bucuk mama dua orang ni!". Mama memeluk dua orang cahaya mata yang sentiasa menceriakan hari-harinya. Dia bersyukur dikurniakan anak seperti Siddiq dan Syifaa.


                   ****

            Masanya telah tiba. Syifaa bersama dengan abang dan ibunya berangkat ke Kuala Lumpur. Di situ lah mereka menerima jawapan.
          "Korea?! Mama!!! Syifaa sayang mama!" kata Syifaa lantas memeluk erat tubuh ibunya.Siddiq juga sama.
          "Terima kasih mama. Mama tahu-tahu je Siddiq dan adik suka Korea.."
          "Mestilah.." kata Mama. Sebenarnya Syifaa mempunyai masalah untuk menaiki kapal terbang kerana dia pernah menaiki kapal terbang yang hampir terkandas di langit yang ketika itu hujan lebat serta guruh. Fobia Syifaa itu masih belum hilang. Dia hanya tidur ketika berada di dalam kapal terbang. Tambah-tambah lagi perjalanan ke Korea mengambil masa yang lama. Syifaa terjaga. Perjalanan masih lama. Cuaca tidak menetu. Syifaa mula rasa gelisah.
          "Kenapa sayang? Tak dapat tidur eh?" tanya Mama. Syifaa mengangguk.
          "Jangan takut, mama ada sini," kata Mama menenangkan Syifaa. Syifaa kembali terlena. Mama sangat nak Syifaa tidur kerana dia tidak mahu Syifaa takut dengan cuaca hujan lebat. Perjalanan hanya tinggal dua jam. Siddiq sudah merungut sakit punggung kerana terlalu lama duduk.

           Kapal terbang mereka sudah tiba di landasan kapal terbang antarabangsa di Korea.
           "Sayang.. bangun, kita dah sampai.. abang, bangun bang.." suara Mama agak perlahan menggerakkan Syifaa dan Siddiq yang masih tidur. Syifaa membuka mata perlahan dan melihat ke arah tingkap kapal terbang. Dia tersenyum riang. Siddiq masih mengesat-ngesat matanya.
           "Dah-dah, jom!" kata Mama. Mereka keluar bersama-sama. Mama memimpin tangan Syifaa.
           "Good Evening and thank you," kata salah seorang pramugari kapal terbang tersebut. Syifaa tersenyum dan melambainya sambil berkata "Annyong!" kepada pramugari tersebut. Mereka terus pergi ke Seoul dan menuju ke sebuah hotel untuk penginapan mereka selama dua minggu.

            Tiba sahaja di ruang legar hotel tersebut, Siddiq terus berlari menuju ke tandas kerana sudah tidak tahan. Syifaa tergelak kecil. Mama membuat pendaftaran di meja kaunter. Mama hanya menempah satu bilik sahaja untuk mereka bertiga. Suasana di hotel tersebut amat indah dan pemandangan di sekitar Seoul dapat dilihat melalui veranda bilik. Mama memang pandai memilih tempat. Cuaca yang dingin juga menyelesakan. Syifaa dengan baju sejuknya yang berbulu-bulu membuatkannya bersin dan akhirnya selesema. Tambah pula dengan cuaca sejuk di Korea.
            "Alah, alamatnya tak dapat lah sambung belajar kat overseas ni. Baru sampai dah bersin.." sindir Mama.
            "Mama! Kalau boleh Syifaa nak belajar kat sini dan nak berkawan dengan orang Korea.."
            "Dan.. berkahwin dengan orang sini jugak.." sampuk Siddiq. Syifaa mencubit bahu abangnya.
            "Syifaa? Ada pakwe ke Syifaa ni?" sindir Mama lagi. Syifaa memeluk ibunya dari arah belakang. Mereka sangat gembira bersama.


                           ****


          Hari kedua berada di negara yang popular dengan music "K-Pop" dan menjadi kegemaran Syifaa dan abangnya. Mereka bertiga tidur sekatil dan Mama di tengah-tengah. Syifaa dan Siddiq sangat dimanja dan dibelai dengan penuh kasih sayang sejak bayi lagi oleh Mama. Subuh sudah tiba. Syifaa masih lagi tidur dengan tangannya memeluk tubuh ibunya dan Siddiq juga masih tidur dengan tangannya memeluk lengan ibunya kerana Siddiq tidak dapat tidur tanpa bantal peluk. Mama menggerakkan kedua-dua anaknya untuk bersama-sama menunaikan solat Subuh. Tidak cukup dengan menggerakkan bahu mereka, Mama manarik tangan Syifaa dan Siddiq sehingga mereka duduk. Siddiq lah orang yang paling susah membuka mata pada subuh hari. Syifaa tidak sukar bangun tetapi pergerakannya masih lagi liat.

           Hari kedua di Korea dimulakan dengan sarapan pagi hidangan sendiri iaitu spagetthi. Syifaa bersama dengan abang dan ibunya pergi melawat muzium-muzium yang terdapat di sekitar Seoul. Mama ingin mereka kenal lebih mendalam terhadap negara kegemaran mereka. Setiap muzium mempunyai translator tersendiri dan hal ini menyenangkan para pelancong asing yang datang melawat ke muzium. Seorang remaja Korea terlanggar Syifaa ketika mereka sedang menuju ke masjid di Seoul. Remaja lelaki itu terlanggar Syifaa dan membuatkannya terjatuh meniarap. Syifaa mengerang kesakitan.
           "Mianhajiman! Chomal mianhe!.." kata remaja itu.
           "Syifaa! Sayang.. sakit tak? Siddiq dia cakap apa?". Mama mendekati Syifaa dan mengangkat nya. Tapak tangan Syifaa tercalar dan luka di dagunya kerana jatuh terhempap ke atas lantai.
           "Ma..dia cakap saya minta maaf. Minta maaf sangat-sangat" jawab Siddiq.
           "Gwenchana. Chomal gwenchana.." kata Syifaa kepada remaja tersebut. Remaja lelaki itu pun berlalu pergi menuju ke masjid yang sama. Orang kuat masjid itu memberikan bantuan kepada Syifaa dan mengubati lukanya. Remaja tadi yang telah memberitahu orang kuat masjid supaya membantu mereka. Remaja tersebut merupakan anak kepada pemilik masjid tersebut.


                    ****

          Hari ke lima berada di negara kelahiran Kim Myungsoo (L) daripada kumpulan Infinite penyanyi kegemaran Syifaa menjadi lebih menarik. Siddiq bercadang hendak ke tempat hiburan dan permainan. Syifaa tahu Siddiq suka menaiki roller coaster Syifaa sangat gayat apabila berada di tingkat yang tinggi.
          "Mama, nanti kita pergi tempat yang ada roller coaster bleh tak? Siddiq rindu nak naik.." kata Siddiq. Syifaa menyampuk.
          "Mama, tak payah ma.. Kita pergi shopping la.. Eh, abang! Abang boleh ingat kegemaran abang! Syukur alhamdulilah.. Mama, abang dah pulih sedikit demi sedikit," kata Syifaa. Siddiq tersenyum girang tanda kesyukuran terhadap Ilahi.
          Mereka pergi ke tempat idaman Siddiq. Mereka menaiki teksi dan mengambil masa tiga puluh minit untuk sampai ke destinasi. Tiba di tempat hiburan tersebut, Siddiq melompat kegembiraan. Nampak benar yang Siddiq sangat merindui aktiviti kegemarannya setiap kali melancong.
          "Adik, jom!" ajak Siddiq menuju ke tempat roller coaster itu. Syifaa menggeleng dan bersembunyi di belakang ibunya untuk menolak pelawaan abangnya.
          "Come on lah dik.. jom la.. just once please.. teman abang.." rayu Siddiq.
          "Emm.. mama lah teman abang, okay?" kata Syifaa. Siddiq duduk di kerusi berhampiran seolah-olah merajuk dengan Syifaa. Mama memberikan isyarat mata kepada Syifaa.
          "Arattha! Arattha! " kata Syifaa menggunakan bahasa Korea. Mama kurang faham.
          "Adik cakap okay, okay!" sindir Syifaa. Siddiq terus menarik tangan adik dan ibunya menaiki roller coaster tersebut.
          "Oppa!! Adik takut..." kata Syifaa. Siddiq tergelak. Mama tersenyum.
          "Gwenchanayeo dongsaeng aa.. I'll be right beside you and Mom too," kata Siddiq perlahan. Syifaa sudah kemas memegang erat tangan Siddiq dan ibunya.
          "Kalau suara adik hilang lepas ni, abang jangan bising! "
          "Arattha dongsaeng!" kata Siddiq sambil bergelak ketawa. Mama hanya tergelak kecil dan memegang erat tangan Syifaa.
          "Aaaaaaaaaaaaa!!!!!!! Abang!!!!!!!!! Mama!!!!!!!! Aaaaaaa!!!". Syifaa tidak berhenti menjerit kerana takut dengan kelajuan dan paras yang tinggi. Siddiq keriangan.
          "Woooaahh!! " jerit Siddiq. Mama hanya tersenyum melihat kegembiraan anaknya. Berhentinya roller coaster tersebut, Syifaa terus berlari mencari tandas berdekatan. Dia sudah tidak tahan hendak terkucir kerana ketakutan ketika menaiki roller coaster tadi. Siddiq dan mama sudah memahami gelagat Syifaa.
          "Alamak, takkan tandas penuh! Aku dah tak tahan dah ni.. ottokajo?!! ". Syifaa membebel seorang diri. Dia tidak dapat menahan lagi lalu meredah masuk tandas lelaki. Syifaa lega kerana sudah selamat membuang air kecil. Tiba-tiba pintu ditolak sewaktu Syifaa memegang tombol pintu tanda ada yang memasuki tandas tersebut. Seorang lelaki Korea bertindak pantas memasuki tandas yang dimasuki Syifaa tanpa mengetahui Syifaa belum keluar dari tandas tersebut.
           "Aaahhh.." keluh lelaki itu lega. Butang flush ditekan dan Syifaa segera ingin memulas tombol pintu tetapi sempat dilihat lelaki Korea tadi dan kedua-duanya menjerit "Aaaaa!!"..
           "Ottokke?! How did you enter this toilet while I'm in here?!" tanya lelaki tersebut.
           "Thou... I'm here first because I could not stand to pee and when I want to go out, you harsly enter the toilet without loking at me and now you blamed me.. But, before that,  I'm sorry for using man's.." jelas Syifaa. Dia mengeluh panjang.
            "Arattha, arattha. Khatjiman, did you see me peeying?"
            "What for I see you peeying! What a man I'm talking to.. Uhh!!"
             "Chakkaman! Were you  the girl I bumped three days ago? See, thats your scab on your chin! Yes! thats you!"
             "Aaah.. so, you are the one who bumped me and made me injured!"
             "That time, I am not doing it on purpose. The azan will calling less than five minutes at the time I bumped you, so thats why I run faster as I can for not late in pray for Asar.."
              "Ohh.."
              "Hey, come on.. I'm sorry okay. Nice to meet you and by the way, wht is your name? My name is Yusuf Kim.."
              "Chonun.. Syifaa imnida! "
              "Woah! You know korean?"
              "Just a little bit, not much. I'm a fan of L..okay, I got to go now. My mom and my oppa will worry me, nice to meet you too.. annyong"
              "Chakkaman.. what your name again and from which country you are?"
              "Syifaa. I'm from Malaysia,"
              "Arattha. Annyonghuseyeo! Kamsahamnida.." balas lelaki tersebut. Syifaa terus berlalu pergi meninggalkan Yusuf Kim di situ. Mama dan Siddiq menunggu lama. Aiskrim di tangan Siddiq sudah cair.
             "Oh, abang! Aiskrim dah cair. Mianhe oppa! " kata Syifaa sebaik sahaja muncul di hadapan Siddiq dan Mama.
            "Syifaa pergi mana lama sangat?!" tanya Siddiq bernada tinggi. Syifaa menundukkan kepalanya.
           "Adik..adik pergi tandas tadi.. tandas laki..sebab tandas perempuan dah penuh, adik dah tak tahan! Lepas tu, ada seorang lelaki Korea ni dia masuk tandas yang sama dan adik tak sempat keluar. Lepas tu dia terkejut adik ada dalam tandas yang sama dan.. paling adik malu tu, dia lelaki yang langgar adik kat depan masjid hari tu!" jelas Syifaa. Siddiq ketawa besar, Mama juga tergelak.
           "Eh, adik.. macam jodoh je tu, kan abang dah cakap hari tu, lepas belajar kahwin dengan orang sini.. Siapa nama dia?"
           "Yusuf Kim.."
           "Wah mama! Mereka sempat berkenalan.. nombor telefon tak ada?" sindir Siddiq. Syifaa mengejar abangnya itu untuk mencubitnya kerana geram dengan sikap abangnya yang suka mengusiknya.
           "Baik kan dia Syifaa?" tanya Mama.
           "Mama! ish..sama je dengan abang.. Syifaa tak suka dia lah!" jelas Syifaa. Syifaa pulak yang merajuk. Dia tidak bercakap sepatah pun dengan Siddiq dan Mama hinggalah ke malam hari.
           "Yusuf Kim...". Siddiq mengusik adiknya menggunakan nama lelaki Korea tersebut. Syifaa geram.
           "Ma.. tengok abang tu! Macam lah dia tak ada makwe!!"
           "Ohh, jadi Yusuf tu pakwe adik lah ye?" kata Mama turut mengusik.
           "Mama!!! ee.. tak nak layan!" Syifaa merajuk. Dia terus masuk tidur di bawah selimut ksayangannya. Tanpa selimut itu, dia mungkin sukar untuk tidur. Siddiq membisikkan di telinga Syifaa nama lelaki tadi. Syifaa berang. Syifaa berjaya menangkap lengan abangnya dan digigit Syifaa lengan abangnya.
           "Ma.ma.. sakit.. aduh, adik! sakit lah!" Siddiq mengerang kesakitan.
           "Nak lagi?!" tanya Syifaa geram. Mama hanya tergelak melihat Siddiq kalah dengan adik perempuannya.
           "Dah...dah.. tidur lagi kamu berdua! Esok nak bangun Subuh. Siapa lambat bangun subuh nanti, maksudnya dia tengah mimpi pakwe atau makwe dia, okay?" kata Mama tidak memihak sesiapa pun. Sidiq terus menarik selimut untuk tidur.


              *mianhe = sorry
              *gwenchana = okay/ alright
              *arattha = okay/fine
              *chakkaman = wait
              *oppa = sister call her elder brother
              *Annyonhusayeo = hello / hye
              *dongsaeng = adik

Saturday 17 December 2011

Aku adalah..."remote" hidupku! (4)

Episod 4 ~ Sabar kunci segalanya..


           Syifaa sudah kembali ke sekolah. SPM hanya tinggal dua minggu sahaja lagi. Syifaa mulakan langkah kanan dan senyuman yang menawan melangkah masuk ke pintu pagar sekolah. Wafiey mencuit bahu Syifaa dari arah belakang dan membuatkan Syifaa terkejut. Syifaa menoleh. Kehadiran Wafiey yang berpakaian kemas dengan senyman mesra membuatkan Syifaa tersentak. Syifaa segera menoleh ke arah lain. Kelibat Alya memandang dari jauh. Syifaa lantas meninggalkan Wafiey tanpa mengeluarkan sepatah kata pun.

           Seperti biasa Syifaa dan rakan-rakannya berehat di kantin tetapi tidak Alya. Alya duduk keseorangan di kerusi padang sekolah. Syifaa mendekatinya. Alya lantas berdiri dan meningaalakan Syifaa tetapi ditarik lengannya oleh Syifaa.
           "Kenapa awak bersikap macam ni Alya? Saya tak faham. Kenapa awak selalu mengelakkan diri daripada saya? Saya sakit pun awak tak jenguk, itu ke namanya sahabat?!" Syifaa berterus terang dan sudah tidak tahan diperlakukan sebegitu. Tapak tangan Alya lantas hinggap tepat di pipi Syifaa.
           "Alya!!" jerit Syifaa menahan sakit.
           "Sahabat awak cakap? Saya tak ada sahabat macam awak ni Syifaa! Saya lebih memilih untuk berkawan dengan Amy daripada orang macam awak Syifaa! Awak ni pentingkan diri sendiri, tak pernah hormat perasaan orang lain! Awak ni.. makan kawan dari belakang!" suara lantang Alya menyebabkan Syifaa tersentak. Dia sama sekali tidak faham dengan apa yang Alya katakan. Alya berlalu pergi meninggalkannya seorang diri. Syifaa tidak dapat menahan emosinya. Dirinya kini tertekan dan mindanya berserabut. Baru sahaja malam tadi ditengking ayahnya dan kini sahabat karibnya sendiri menengkingnya. Syifaa buntu. Syifaa segera mencari botol ubatnya. Ditelannya sebiji pil tanpa meminum air. Syifaa terduduk.

            Syifaa termenung jauh. Dia duduk di kerusi di veranda biliknya. Mindanya ligat memikirkan tentang masalah yang dihadapinya. Suara ayahnya dan Alya menengkingnya terngiang-ngiang di telinganya. Fikirannya berserabut. Dia tidak faham dengan kerenah Alya dan dia juga tidak mahu menuruti kehendak ayahnya kerana minatnya hanya terhadap penyiasatan bukannya bisnes. Syifaa menggapai botol ubatnya tetapi dihalang oleh Siddiq. Siddiq memerhatikan botol ubat tersebut.

            "Kenapa Syifaa mesti bergantung dengan benda ni?". Persoalan Siddiq mengejutkan Syifaa. Siddiq menghela nafas panjang.
            "Sekarang ni, apa yang mengganggu fikiran adik? Kenapa adik mesti ambik ubat ni?". Siddiq sangat mengambil berat tentang adiknya. Tambah-tambah lagi Syifaa sering sakit semenjak dua menjak ini. Siddiq risau jika sakit itu akan menyerang lagi ketika SPM nanti.
            "Huh.. tak tahu lah bang. Banyak sangat Syifaa nak kena lalui. Abang tentu dengar kan apa yang papa cakap malam tadi? Adik tak nak. Adik tak minat bisnes. Cita-cita adik bukan nak jadi businesswoman pun.."
            "Lagi..?"
            "Lagi..? Uh.. subjek kimia , fizik dan matematik tambahan adik masih gagal. Macam mana adik nak dapat straight A's nanti..."
            "Lagi..?"
            "Apa yang lagi nya?!"
            "Lagi masalah yang adik bingungkan?"
            "Itu je lah.. Kenapa?"
            "Dik, abang dah tahu semuanya... pasal Alya juga kan.."
            "Huh..? Mana abang dapat tahu?"
            "Penyiasat.. kan Syifaa nak jadi penyiasat, abang pun nak rasa juga..". Siddiq bergelak ketawa.
            "Ish, abang ni.. intip adik kat sekolah eh?!"
            "Wasting my time to do that little girl!". Siddiq tersengih.
            "Habis tu..? Huhh... banyak sangat benda yang adik kena fikirkan. Pasal papa lah, Alya lah, SPM lah.. sakit lagi.. kenapa abang dulu tak macam adik sekarang..? Ini tak adil kan.."
            "Eh, siapa cakap?! Abang macam adik jugak tapi abang cuma sakit kepala saja. Papa pun ada suruh abang sambung kat Korea tapi abang tak nak. Abang pun tak minat bisnes. Abang nak jadi juruterbang. Tapi abang sabar menghadapi semua tu. Abang ikut je as long benda tu tak timbulkan masalah..."
            "Tapi kenapa adik tak dapat..?". Air mata Syifaa berlinangan. Siddiq memeluk tubuh adiknya dengan erat. Dia cuba menenangkan adiknya. Dia tidak mahu adiknya jatuh sakit lagi.
            "Syifaa.. dalam Al-Quran pun ada tertulis, setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Sudah menjadi lumrah manusia yang lain dijadikan ujian untuk diri kita tapi percayalah, setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya dan setiap kesusahan yang dilalui, pasti akan berakhir suatu masa nanti. Jadi, sabar adalah kunci segalanya. Ingat satu je, sabar. Kalau sabar tu ada, semua akan jadi lancar, InshaAllah..". Kata-kata Siddiq memberi kesan kepada Syifaa. Syifaa mengesat air matanya. Dia kini seolah-olah mempunyai semangat baru.
             "Adik cuba slow talk dengan Alya. Abang pasti, Alya tak akan bersikap macam tu lama-lama. Dan.. Syifaa mesti berani kemukakan pandangan Syifaa. Syifaa kena buktikan yang Syifaa akan capai cita-cita Syifaa. Kalau pun Syifaa tak dapat keputusan yang bagus semata-mata tak nak belajar kat Perth tu, adakah penyiasatan perlukan keputusan seperti yang Syifaa dapat tu? Jadi, Syifaa kena usaha lebih untuk capai cita-cita Syifaa. Syifaa! Hwaiting! ". Siddiq memberikan semangat kepada adik kesayangannya.


             ****

          "Syifaa.. tunggu sekejap! ". Alya berlari ke arah Syifaa. Alya menguntumkan senyuman ikhlas.
Syifaa membalas senyuman itu dengan hati yang terbuka.
          "Syifaa.. saya nak minta maaf dengan awak. Selama ni saya termakan hasutan Amy. Dan pasal saya kena trick Amy yang dekat belakang padang tu bukan salah awak. Sya minta maaf sebab menuduh awak sengaja nak larikan diri dari Amy dan mempergunakan saya. Saya m...". Kata-kata Alya dipintas oleh Syifaa.
         "Alya! Dah Alya dah.. Saya dah lama maafkan awak, lagipun kita kan sahabat?". Alya memeluk erat tubuh sahabatnya itu. Mereka kembali bergelak ketawa dengan riang. Syifaa menarik nafas lega dan memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi.

          SPM hanya tinggal seminggu. Syifaa dan rakan-rakannya mengadakan study group di rumah masing-masing mengikut giliran. Siddiq menjadi rujukan tentang sesuatu yang mereka tidak faham. Ayah Syifaa melihat mereka belajar bersama-sama dan tersenyum. Hati Syifaa resah. Senyuman ayahnnya membawa beribu maksud. Syifaa terus menggeleng-geleng kepalanya.
         "Eh, Syifaa kenapa ni?" tanya Evie.
         "Uhh? Oh.. haa.. umm.. tak ada apa.."jawab Syifaa. Siddiq menoleh ke arah tangga yang dinaiki ayahnya tadi. Siddiq pasti memahami apa yang sedang difikirkan oleh adiknya itu. Syifaa dan Siddiq amat akrab sehingga kadang-kadang mereka digelar kembar kerana mempunyai ciri-ciri yang sama dan sangat mengambil berat antara satu sama lain.

          Syifaa dan Siddiq sedang menonton drama Korea kegemaran mereka. Ibunya turut menonton bersama mereka. Ayah mereka duduk di sofa. Syifaa mula rasa gelisah kerana takut ditanya tentang persiapan untuk mmenghadapi SPM. Siddiq memberikan isyarat relaks kepada adiknya.

         "Macam mana persiapan Syifaa? Dua hari lagi nak SPM kan..". Syifaa tersentak. Tekaannya tepat sekali !
          "Aa.. dah.. InshaAllah dah ready papa.." jawab Syifaa ringkas.
          "Baguslah kalau macam tu. Senang hati papa nak daftarkan kamu berdua di Perth nanti.."
          "Huh? Perth? Buat apa belajar kat sana?". Syifaa memberanikan dirinya bersuara.
          "Buat apa Syifaa tanya?! Papa nak Syifaa dan Siddiq belajar bisnes dekat sana supaya nanti kamu berdua dapat bekerja dekat syarikat papa dan majukan syarikat papa! Tak kan itu pun Syifaa tak tahu!"
          "Tapi pa.. Syifaa tak minat bisnes! Siddiq pun sama. Syifaa lebih cenderung dengan bidang penyiasatan dan Siddiq pula minat nak jadi juruterbang.." jelas Syifaa. Siddiq terkejut dan segera menutup mulut Syifaa.
          "Apa abang ni?! Abang yang suruh Syifaa kemukakan pandangan Syifaa!"
          "Apa Syifaa cakap?! Tak boleh! Syifaa dan Siddiq mesti ikut apa yang papa nak. Kalau bukan kamu berdua, siapa lagi waris syarikat papa nanti?! Itu pun kamu tak dapat fikir ? Huh, Siddiq?!"
          "Syifaa tak nak! Syifaa tak suka bisnes! Papa hanya pentingkan diri sendiri!". Tangan ayahnya pantas menampar Syifaa tetapi pantas Siddiq menggantikan dirinya untuk melindungi Syifaa. Tamparan papa agak kuat mungkin kerana papa benar-benar marah. Siddiq terjatuh dan kepalanya terhantuk kuat di bucu meja televisyen! Darah mengalir dan Siddiq rebah.
          "Abang!!!!!!!! Papa jahat!". Syifaa segera menghampiri Siddiq. Siddiq dikerjakan ke hospital. Luka Siddiq mungkin serius. Syifaa tidak berhenti menangis kerana risau apa yang akan terjadi kepada abangnya. Ibunya memeluk erat Syifaa untuk menenangkannya. Doktor yang merawat Siddiq keluar.
           "Kenapa ni doktor?" tanya ayah Syifaa.
           "Bertenang Encik. Kami ingin menjalankan beberapa ujian terhadap anak encik dan kami juga akan menjalankan ujian X-ray untuk mengesahkan jika ada apa-apa berlaku terhadap kepalanya. Sila bawa bertenang encik," jelas doktor itu. Syifaa terduduk. Dia sangat takut untuk menerima keputusan ujian itu nanti.
            "Ini semua salah abang! Abang ni pentingkan diri sendiri. Tengok sekarang apa dah jadi?! Anak sendiri pun abang nak..." tangan ibunya segera ditarik oleh Syifaa. Mereka setia menunggu.
            "Syifaa, mari balik. Esok Syifaa nak sekolah. Belajar pun belum lagi kan?"
            "Papa! Sekarang pun papa masih nak pentingkan pelajaran daripada anak papa yang sakit? Syifaa tak nak balik selagi abang tak sedar!". Syifaa mungkin agak biadab tetapi itulah hakikatnya. Syifaa sangat terkilan dengan tindakan ayahnya dan dia juga rasa bersalah kerana dirinya, abangnya yang menjadi mangsa.


            ****

          Sudah tiga hari Siddiq terlantar di hospital. Syifaa setia menemani abangnya di hospital walaupun SPM sedang berlangsung. Dia sanggup membawa buku-bukunya untuk mengulangkaji pelajaran di hospital.
          "Menurut pemeriksaan X-ray , hentakan yang dialaminya agak kuat dan menyebabkan Siddiq hilang ingatan. Lukanya juga sudah dijahit dan agak dalam. Dalam minggu pertama, Siddiq akan mengalami sakit kepala yang kuat terutama apabila dia cuba mengingatkan sesuatu. Bahagian luka juga akan berasa sakit dan akan sembuh dalam sebulan paling singkat. Dia masih perlu diberi rawatan rapi dalam minggu pertama..". Itulah yang dijelaskan oleh Doktor Arsyad. Syifaa sepatah pun tidak bercakap dengan ayahnya.

           Siddiq terjaga. Dia cuba untuk duduk tetapi kepalanya terasa sakit.
           "Aaa.aaa..sakit.." rungutan Siddiq menunjukkan sakit yang dirasainya sangat perit. Syifaa cemas. Siddiq pengsan. Doktor Arsyad segera memeriksa Siddiq.
           "Jangan risau, perkara ini memang biasa bagi mereka yang mengalami hentakan di kepala dan pesakit yang hilang ingatan. Sebentar lagi dia akan sedar dengan sendiri,". Penjelasan Doktor Arsyad melegakan Syifaa. Syifaa masih belum berkesempatan berkomunikasi dengan Siddiq kerana Siddiq baru sedarkan diri pagi semalam.

           Siddiq terjaga. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan.
           "Awak siapa?". Soalan yang diajukan sedikit mengejutkan Syifaa.
           "Uhh? Oh.. Nama awak Ahmad Siddiq. Awak hilang ingatan sebab terlanggar bucu meja di ruang tamu. Saya Nurul Syifaa, adik awak," jelas Syifaa. Syifaa mula berasa sebak.
           "Oh. Hah? Saya hilang ingatan? Betul ke?". Ibu Syifaa menerpa masuk ke bilik wad Siddiq. Syifaa sudah tidak tahan lalu keluar dari bilik wad tersebut.
           "Siddiq, macam mana keadaan Siddiq sekarang?" tanya ibunya.
           "Mama.. Kenapa dia keluar? Betul ke dia tu adik Siddiq?"
           "Betul. Hanya dia seorang adik beradik Siddiq. Dia keluar sebab dia tak sanggup tengok keadaan abang dia yang sakit. Pada mulanya dia tak dapat terima yang abang kesayangan dia hilang ingatan..". Penjelasan ibunya membuatkan Siddiq termenung. Dia cuba mengingatkan sesuatu tetapi tidak berhasil dan hanya menimbulkan kesakitan padanya. Syifaa duduk di kerusi di ruang menunggu.
            "Kalau adik ada masalah, adik jangan lupa solat tau. Adik mesti luahkan pada Allah sebab Allah lah sebaik-baik tempat mengadu. Tetapi kita tak boleh melampaui batas. Ingat pesan abang, buka Al-Quran, InshaAllah ayat yang adik baca ada kena mengena dengan keadaan adik waktu itu," pesanan Siddiq terngiang-ngiang di telinga Syifaa. Asar hampir tiba. Syifaa belum menunaikan solat Zohor. Astaghafirullah alazim! detik hati Syifaa. Dia segera beristighfar kerana terleka dengan pelajarannya tadi hingga lupa menunaikan kewajipan seorang muslim. Syifaa lantas berlari ke arah surau hospital untuk menunaikan solat Zohor dan seterusnya Asar.


                      ****

           Subjek yang belum tiba hanya tinggal empat sahaja.
          "Arghh! four killer subjects lagi tinggal ! Semoga berjaya Syifaa!" seru hati Syifaa mengembalikan semangatnya. Dia masih lagi bergantung dengan ubatnya kerana kadang-kadang Syifaa tidak dapat menstabilkan tekanan yang dialaminya. Syifaa bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajarannya walaupun tiada musik menemaninya. Dia rindu dengan abang Siddiq yang dulu. Syifaa tidak patah semangat walaupun abangnya sakit dan tiada kata semangat dari Siddiq. Ibunya sentiasa berpesan agar membaca doa sebelum memulakan jawapan terutama doa penerang hati dan doa Surah Asy-Syarh. Syifaa sentiasa simpan pesan itu di dalam ingatannya.

           "Syifaa turun sekolah dengan papa. Hari hujan," ayahnya cuba memujuk hati Syifaa yang masih marahkan ayahnya.
           "Tak nak.." jawab Syifaa ringkas.
           "Baiklah, kalau macam tu mama hantar Syifaa, okay," pujuk ayahnya. Syifaa tidak memberikan sebarang respon.
           "Papa tak boleh control Syifaa macam ni. Syifaa bukan robot dan papa bukan remote control yang boleh kawal hidup Syifaa. Papa, Syifaa ada impian Syifaa sendiri, sama juga dengan Siddiq. Syifaa tak nak hidup dan ikut sahaja apa kehendak papa. Syifaa tak suka dipaksa! Syifaa belajar bersungguh-sungguh sebab nak jadi penyiasat. Siddiq pula nak jadi juruterbang. Tak salah kan kalau papa biarkan kami kejar impian kami? Syifaa tahu papa sayang dengan Syifaa dan abang. Kalau betul papa sayang kami, biarkanlah kami mengejar cita-cita kami.."
           "Sudahlah papa nak pergi kerja..". Ayahnya berlalu begitu sahaja. Syifaa memberontak.
           "Sabar adalah kunci segalanya..." kata-kata Siddiq timbul di ingatannya.
           "Sabarlah sayang.. nanti papa pasti ubah fikiran dia,". Ibunya bersuara. Syifaa mengangguk. Syifaa berangkat ke sekolah dan Syifaa memeluk erat tubuh ibunya sebelum keluar dari kereta Vios putih kepunyaan ibunya.


              

Thursday 15 December 2011

Aku adalah... "remote" hidupku ! (3)

Episod 3 ~ Tak nakkk!!


          Syifaa dan rakan yang lain seperti biasa menjamu bekalan masing-masing di kantin sekolah di meja nombor lima. Itulah rutin harian mereka apabila tiba sahaja waktu rehat. Kelibat Wafiey dari arah bengkel seperti sedang kebingungan. Dia menerpa ke arah mereka lalu bersuara sedikit lantang.
          "Syifaa! Apahal awak tak beritahu kami yang Amylea dan Faiq and the gang tu selalu buli awak? Kami ni siapa bagi awak, huh?!" Suara lantang Wafiey mengejutkan Syifaa. Syifaa seorang yang pantang apabila seseorang itu bernada tinggi. Dia mungkin sensitif ataupun mungkin juga akan melawan.
          "Weh...weh.. kau ni terjah kitaorang macam nak rak ni apahal?! Bawa mengucap la sikit ! " sampuk Tareeq menenangkan Wafiey. Wafiey menghela nafas panjang dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi kantin. Syifaa masih tidak bersuara. Alya , Evie, Tareeq dan Gabriel hanya menunggu satu suara keluar daripada mulut Syifaa. Semua mata memandang Syifaa.
          "Ahh!!! bukan macam yang korang fikirkan.. Bagi aku, korang memang lah kawan. malah kawan karib aku semuanya. Aku tak nak korang tahu sebab nanti kalau korang tahu, Wafiey mesti akan lapor pada cikgu, last-last nanti tak pasal-pasal mama dengan papa aku kena panggil ke sekolah. Korang macam tak kenal aku. Kalau papa aku tahu ada orang buli akau kat sekolah, aku tak sampai hati nak tengok Faiq dan Amylea tu kena denda. Tambah lagi papa aku tu tegas, kalau dia buat police report, how?! " jelas Syifaa panjang lebar. Dia menahan amarahnya dan juga air matanya kerana Syifaa amat lemah apabila dia berasa tidak senang hati. Semua yang berada di situ terdiam terutama Wafiey.

         ****

          Peperiksaan percubaan telah bermula. Tekanan kian terasa. Setiap malam Syifaa memendekkan masa tidurnya. Qiamullail tidak dilupakan. Dia sentiasa ingat dengan nasihat Tareeq iaitu D.U.I.T. Syifaa terlelap di atas buku latihan yang terhampar di atas meja dan juga komputer ribanya masih terbuka untuk merujuk peperiksaan SPM tahun-tahun lalu. Syifaa mungkin berasa amat letih sehingga menyebabkannya tertidur. Ibunya masuk ke dalam biliknya.

          "Adik.. bangun dik.. tidur atas katil. Kalau letih tu rehat lah sekejap.." kata ibunya sambil menggerakkan tubuh Syifaa. Dia terjaga. Kepalanya terasa sakit. Dia segera tidur di atas katilnya dan menarik selimutnya. Ibunya mengemas bukunya dan menutup komputer ribanya itu. Satu kucupan sayang daripada seorang ibu diberikan kepada Syifaa.

          "Aaarrghhh.. " keluh Syifaa sebaik sahaja melihat jam sudah menunjukkan pukul 6.50 pagi. Dia tidak boleh terlewat kerana peperiksaan percubaan juga penting. Berdiri sahaja Syifaa, kepalanya terasa sakit yang teramat. Dia terduduk. Segera dikuatkan semangat untuk menyiapkan diri ke sekolah.
          "Lambat hari ni? " tanya Evie. Syifaa mengangguk dan memicit-micit kepalanya.
          "Awak okay ke Syifaa? Macam tak sihat je?" tanya Alya melihat kerut wajah Syifaa.
          "Kepala saya rasa berat pagi tadi. Tak tahu pulak sebabnya.. " kata Syifaa. Peperiksaan terakhir telahpun bermula. Kertas terakhir iaitu ICT mengambil masa dua jam tiga puluh minit. Ketika bekerja keras memerah otak mencari jawapan, satu titik cecair merah jatuh ke atas kertas Syifaa. Hidungnya berdarah. Kepalanya terasa pening dan huruf yang tertulis di kertas ujian seperti berlapis-lapis. Syifaa pengsan!

          Syifaa dikejarkan ke hospital berdekatan. Mama dan Siddiq menunggu di luar bilik rawatan.
Doktor Fazreena keluar dengan senyuman yang menawan.
          "Doktor, macam mana dengan Syifaa?" tanya Mama cemas. Siddiq hanya memegang lengan Mama untuk menenangkan Mama.
          "Syifaa sudah stabil. Cuaca sekarang sangat panas. Dia juga mengalami hidung berdarah kerana kekurangan kandungan air di dalam bandannya dan saya yakin dia mungkin juga tertekan," jelas Doktor Fazreena. Mama dan Siddiq menarik nafas lega dan bersyukur Syifaa selamat. Doktor Fazreena mempelawa Mama dan Siddiq masuk untuk menjenguk Syifaa. Syifaa masih tidur. Dia semestinya keletihan.


                     ****

           "Syifaa kena ambik ubat ni kalau tak nanti sakit tu datang," pujuk Mama.
           "Tak nakkk!!" Syifaa meragam. Dia sememangnya benci dengan ubat-ubatan.
           "Syifaa... Syifaa tahu tak bahaya kalau Syifaa stress macam ni.. Mama sayang Syifaa.."
           "Mama! Adik sayang mama juga. Adik janji adik tak akan stress lagi, okay?" kata Syifaa sambil menegenyit sebelah matanya kepada Mama. Ayahnya menerpa masuk ke bilik Syifaa. Syifaa terdiam.
           "Syifaa kena jaga kesihatan. Belajar, belajar elok-elok. Nanti SPM sakit, tak ke teruk. Haa, ni ada satu set lagi buku latihan untuk Syifaa," ayahnya menghulurkan buku tersebut. Syifaa tergamam. Sememangnya buku tersebut akan menambahkan stress yang dialaminya.
           "Kenapa tak ambik?"
           "Err.. buku.. buku hari tu belum habis , pa.. papa," jawab Syifaa.
           "Hah?! Buku yang nipis tu pun belum siap? Apa nak jadi Syifaa ni? Dahlah keputusan hari tu teruk! Teruk! Teruk! Papa nak Syifaa siapkan latihan ni dalam dua minggu dari hari ni! Kalau tak, semua barangan elektronik Syifaa papa tahan!" penjelasan ayahnya tidak mampu dibantah. Mama hanya tertunduk.

            Sepuluh buah buku dalam dua miggu?!!!
            "Adik jaga kesihatan okay? Jangan terlalu letih..." nasihat Mama hanya mampu didengari sahaja. Siddiq menggeleng dengan tindakan ayahnya itu. Syifaa berasa tertekan dan tidak mampu menstabilkan emosinya. Tangannya segera mencapai botol ubatnya . Siddiq menerpa masuk.
           "Kenapa lah adik kena lalui semua ni.. dah kena ambik ubat lagi, risau abang," Siddiq cuba menenangkan Syifaa. Dia kelihatan serabut. Matanya berkaca.
           "Dahlah dik, adik tidur je dulu malam ni. Rehatkan minda tu. Esok baru adik mula study , okay?" Siddiq mengemas meja belajar adiknya. Syifaa hanya menurut kata abangnya.

                     ****

         
            Alya duduk termenung di kerusi padang sekolah. Dia sepertinya sedang kerunsingan. Kelibat Amylea menuju ke arahnya. Alya menoleh ke belakang dan ke kanan. Tiada pelajar lain yang berada di situ. Dia kehairanan.
           "Hai Alya! Buat apa duduk sini sorang-sorang? Syifaa dah lupa awak ke?"
           "Eh! Mana ada. Saya saja nak release tension.. kenapa?"
           "Ohh.. eh, awak masih tak tahu eh pasal Syifaa?"
           "Kenapa dengan Syifaa? Setahu saya antara kami tak ada rahsia kecuali hal peribadi..."
           "Ish, awak ni! Semalam saya tengok Syifaa tumpang Wafiey pulang ke rumah guna scooter Si Wafiey tu,"
           "Ha..aa.. lepas tu?
           "Tapi saya tengok mereka singgah kat taman sebelum balik ke rumah. Mereka nampak macam berdua-duaan.. dan.. Wafiey macam nak .." kata-kata Amylea dipintas Alya.
           "Sudahlah Amy!" jerkah Alya lalu berlalu pergi. Alya sememangnya tidak dapat menipu dirinya bahawa Alya juga meminati Wafiey dan cemburu dengan Syifaa.
           "Alya! awak percaya ke dengan sahabat karib awak tu? Saya dengar dia tikam awak dari belakang!" Amy bersuara lantang. Alya menoleh.
           "Syifaa pernah cakap yang awak ni berlagak macam semua benda awak bagus! Lepas tu dia cakap awak ni nampak macam alim tapi hakikat awak tengok lelaki juga!"
           "You just shut up your mouth, Amy!" Alya terus meninggalkan Amy dan rakannya.


               ****

           Kedudukan Syifaa di dalam kelas bersebelahan dengan tempat duduk Alya. Alya kelihatan moody dan Syifaa mendekatinya tetapi segera Alya menjauhkan diri daripadanya. Syifaa agak hairan dengan sikap Alya. Syifa kerunsingan. Kepalanya buntu untuk mencari tindakan yang terbaik. Syifaa membiarkan sahaja Alya begitu, mungkin dia ingin bersendirian.

           "Wafiey!" Siddiq terserempak dengan Wafiey di taman.
           "Oh, Siddiq! Ha..aa, ada apa?" Wafiey menguntum senyuman ikhlas.
           "Aku nak tanya something boleh?"
           "Oh, aa, tanya lah..."
           "Betul ke Syifaa selalu kena buli kat sekolah sejak aku tinggalkan sekolah tu?"
           "Huh? Aaa.. pasal tu. Sebenarnya kami baru tahu beberapa hari yang lalu. Tapi, sebelum ni ada juga aku tengok Faiq dan Amy selalu kacau dia. Tapi , kenapa Diq?"
           "Ohh, macam tu eh. Tak ada lah, aku just tanya je. Dia sekarang ni tengah sakit. Tapi bukan serius lah. Biasa-biasa je, maklumlah nak SPM dah kan.."
           "Ohh.. okay.. itu lah. Tak lama dah nak SPM dah kami ni.. Doakan kami Diq.."
           "InshaAllah.. Eh, Fiey.. Aku nak mintak tolong kau boleh?". Wafiey mengangguk.
           "Aku mintak tolong kau tengok-tengok kan Syifaa kat sekolah. Kau kan pengawas, kalau Syifaa kena buli kau lapor kat cikgu eh.. Eh, tak..tak.. kalau dia kena buli, kau cuba tolong dia, kalau tak dapat, baru kau lapor. Sebab aku tak nak papa aku tahu.."
           "InshaAllah aku akan tolong yang termampu. Kau jangan risau lah Siddiq! Ini kan Wafiey.." janji Wafiey sambil menepuk dadanya tanda bangga. Siddiq hanya tersenyum. Mujur sahaja ada orang yang dapat menjaga adiknya di sekolah.

            Syifaa rebah apabila tiba sahaja di depan tangga.
            "Syifaa!!" jerit Siddiq. Dia cemas. Ibu dan ayah mereka tiada di rumah. Tubuh Syifaa panas. Hidungnya juga berdarah. Siddiq segera menggapai telefon rumah dan menghubungi ibunya. Syifaa dikejarkan ke hospital buat kali kedua. Dia mengalami demam panas dan suhu badannya juga tinggi.
Siddiq tidak dapat menahan rasa sebaknya kerana kasihan melihat keadaan adiknya. Tekanan darah Syifaa juga tinggi. Doktor yang bertugas berusaha menstabilkan keadaannya.

             "Siapa penjaga Nurul Syifaa?". Kelibat Doktor Fazreena muncul di hadapan pintu bilik rawatan kecemasan. Siddiq dan ibunya menghampiri Doktor itu.
            "Keadaan Syifaa sudah stabil, jadi puan tak perlu lah risau. Syifaa hanya mengalami demam biasa dan mungkin juga mengalami tekanan. Saya nasihatkan puan agar menjaganya dengan sepenuh perhatian dan bantu Syifaa untuk mengatasi stress yang dialaminya. Kesihatannya juga penting dan saya sarankan dia perlu minum air dalam kandungan yang banyak. Puan boleh masuk," jelas Doktor Fazreena. Dia menguntumkan senyuman mesra dan berlalu pergi. Siddiq terus memimpin ibunya masuk ke bilik rawatan. Syifaa masih tidur. Suhu badannya sudah turun tetapi masih panas. Setiap kali dia dimasukkan ke hospital, ayahnya tidak pernah berpeluang menjenguknya hanya kerana sibuk dengan kerja. Mujur sahaja ibunya seorang pemilik butik yang senang untuk keluar masuk butik itu.


              "Sudah tiga hari Syifaa tidak hadir ke sekolah kerana demam. Apa kata kita pergi melawat dia petang ni," Evie menyatakan hasratnya untuk menjenguk Syifaa di rumah. Alya seolah-olah tidak dengar. Wafiey dan Tareeq kehairanan.
              "Eh, bagus juga idea kamu Evie! Okay, set pukul empat petang ni," kata Gabriel. Semua mengangguk kecuali Alya.
              "Eh, baru aku ingat, hari ni aku kena teman mak aku pergi beli barang dapur. Minta maaf, aku tak dapat ikut korang," Alya terus berlalu pergi.

                           ****

          Syifaa masih dibawah selimut kesayangannya. Dia masih lagi demam dan sejuk. Batuk dan selesema turut menyerang. Rakan-rakannya datang melawat. Syifaa agak segan dengan kehadiran Wafiey, Tareeq dan Gabriel. Tetapi Syifaa berasa terkilan kerana sahabat karibya , Alya tidak muncul di ruang kamarnya.
          "Syifaa, Alya tak dapat datang sebab dia kena teman mak dia pergi beli barang dapur," Evie memecah kesunyian. Syifaa mengangguk faham.
          "Awak masih sakit , Syifaa?" soalan Tareeq sangat tidak mengena. Sudah terang lagi bersuluh di dahi Syifaa terdapat fever cooler, malah ditanya lagi masih sakit. Syifaa dan rakan yang lain tergelak.
          "Awak tak nampak ke Tareeq atas kepala saya ni, selimut saya ni. Itu tandanya saya belum sembuh lah.." sindir Syifaa. Syifaa terpaksa menghiburkan dirinya walaupun hatinya rasa sebak memikirkan tentang Alya.

          Syifaa sekarang perlu menjaga kesihatannya dengan terperinci. Bila-bila masa sahaja dia boleh jatuh sakit. Syifaa makin sembuh dari demam , batuk dan selesema yang dialaminya. Tetapi stress yang dialaminya sukar untuk berkurang. Dua minggu telah berlalu. Ayahnya masuk ke bilik Syifaa.
         "Mana set buku yang papa bagi dua minggu lepas?" tanya ayahnya dengan nada agak tinggi. Syifaa mula rasa resah. Dikeluarkan sahaja set buku yang baru beberapa sahaja dilengkapkan olehnya.
        "Kenapa belum lengkap lagi?! Macam ni ke nak dapat straight A's ?!" tengking ayahnya. Syifaa tidak dapat menahan rasa geramnya. Matanya berkaca. Ayahnya terus merampas telefon bimbit Syifaa serta alatan elektronik yang lain termasuklah laptop, iPod, headphone dan PSP yang dimilikinya. Syifaa hanya melihat tindakan ayahnya itu. Syifaa mula rasa tertekan.
        "Papa nak Syifaa belajar supaya dapat keputusan macam Siddiq, nanti boleh papa hantar kamu berdua belajar business  di Perth. Kalau Syifaa tak dapat tunaikan apa yang papa cakapkan ni, Syifaa tahulah ganjarannya!" ayahnya keluar membawa semua peralatan elektroniknya.
        "Macam mana aku nak tahu kalau-kalau ada benda urgent, handphone aku dirampas! Macam mana aku nak tengok soalan-soalan percubaan negeri lain?! Aku tak dapat belajar tanpa musik! Macam mana aku nak release tense kalau PSP pun papa ambik?! Argghhh!! " detak hati Syifaa. Dia menangis sepuas-puasnya. Digapainya botol ubatnya. Kini dia hanya bergantung kepada ubat yang diberi oleh doktor itu untuk meredakan tekanan yang dialaminya. Syifaa rebah tepat di atas katilnya. Tiada siapa masuk ke biliknya menjenguknya. Mungkin ayahnya melarang Siddiq dan ibunya masuk untuk meredakannya. Syifaa pasti penat. Dia mungkin sahaja pengsan dan akan tidur selepasnya. Itu yang diberitahu oleh Doktor Fazreena kepada ibu Syifaa.

Wednesday 14 December 2011

Aku adalah... "remote" hidupku! (2)

Episod 2 ~ Nama saya Nurul Syifaa!!


          Syifaa sangat dikenali dengan gelaran "anak mak" , "budak hingusan" dan juga "penakut". Syifaa hanya bersabar dengan sikap sestengah pelajar yang suka mengejek, mebulinya hanya kerana ayahnya seorang manager dan merupakan anak yang dimanja oleh ibunya, sudah memang lumrah anak bongsu! Gelaran "penakut" pula timbul hanya kerana Syifaa menghormati ketegasan ayahnya. Tahun lepas mungkin sedikit bilangan yang membulinya kerana kehadiran Siddiq yang selalu mengambil berat tentang adiknya. Tetapi berbeza setelah Siddiq bergelar lepasan SPM! Syifaa malah pernah di baling telur mentah di kantin sekolah.
          "Oi, anak mak! Mana bantal busuk?" satu suara tiba-tiba muncul dari arah belakang. Tidak lain tidak bukan mesti suara Faiq. Sah! Memang ketua buli di sekolah mereka.
          "Apa oi..oi.. siapa anak mak? Aku? Memanglah aku anak mak, habis kau anak apa?!" Syifaa memberanikan diri melawan Faiq. Faiq sedikit terkejut.
          "Eh, korang.. Anak mak dah pandai bercakap! Wah..wah.. siapa ajar kau ni haa?" tanya Faiq tidak puas hati kerana selama ini Syifaa hanya diam dan terus lari dari mereka.
          "Mak aku yang ajar supaya jangan biarkan orang tindas kita.. kenapa? Kau terkejut? Aku kan anak mak, mestilah diberi didikan yang patut!" balas Syifaa dengan yakin. Faiq geram dan jarinya digenggam rapi. Syifaa lantas meninggalkan mereka. Wafiey hanya melihat dari jauh. Dia gembira kerana Syifaa sudah pandai mempertahankan dirinya sendiri.
         
            Wafiey seorang pelajar top ten di sekolah mereka. Dia juga mempunyai rupa paras yang elok kerana ada kacukan mat salleh. Matanya agak coklat dan bulu mata  panjang. Tidak hairanlah jika ramai perempuan sukakan Wafiey. Syifaa pula mempunyai rupa paras yang elok dan berkulit putih dan juga mempunyai mata yang menawan. Syifaa seorang yang peramah, baik dan amanah tetapi pantang ditegur dan akan memberontak atas sebab-sebab tertentu.

            Syifaa dan rakan-rakannya berehat di kantin sekolah dan menikmati bekalan masing-masing.
            "Tangan awak dah sembuh Syifaa?" Wafiey memecah kesunyian. Syifaa tersentak dan tercekik. Dia segera meminum air horlick kegemarannya.
            "Uhh.. oh, dah okay . Semalam buka simen tu. Tapi, doktor cakap jangan sesekali angkat benda berat. Tulang tangan saya sebelah ni dah lemah. So, I must be careful next time ! " kata Syifaa. Semua mengangguk dan tersenyum dengan telatah lucu Syifaa. Syifaa agak kaku apabila berhadapan dan bercakap dengan lelaki. Alya sangat faham dengan sikap Syifaa.

                   ****

          "Syifaa, tolong panggilkan Wafiey di kelas dan juga Jane. Dan awak sekali. Ada tugas cikgu nak suruh kamu siapkan," arah Cikgu Amanda. Syifaa amat rapat dengan Cikgu Amanda walaupun cikgu Amanda merupakan muallaf dan saudara baru sejak lima tahun yang lalu. Syifaa pergi ke kelasnya dan memanggil Wafiey dan Jane. Selama dalam perjalanan, Wafiey berjalan di sebelah Syifaa dan Jane pula di belakang mereka kerana mereka tidak akrab.
          "Ummm.. Wafiey, awak jalan dulu lah, saya dengan Jane"
          "Eh, tak apa Syifaa , saya boleh jalan sendiri. Kamu sama Wafiey saja lah," kata Jane.
          "Jane! you ini.. tak nak tolong saya...." bisik hati Syifaa. Mereka terserempak dengan Amylea, ratu popular di sekolah itu. Dia juga minat terhadap Wafiey. Jelingan tajam dilemparkan kepada Syifaa.
          "Jeling..nanti mata juling baru tahu!" Syifaa mencebik. Kata-kata Syifaa didengari oleh Amylea lantas Amylea menangkap lengan Syifaa yang baru sembuh itu.
          "Watch out you, girl! " kata Amylea sambil memulas tangan Syifaa. Wafiey menarik tangan Amylea dan meninggalkan mereka. Syifaa malu tetapi gembira kerana berani membuatkan Amylea marah. Syifaa tidak faham ramai orang membencinya termasuk Si Amylea.


         ****

          Cuaca agak dingin pada pagi itu dengan kehadiran hujan, rahmat dari Tuhan. Syifaa berasa sejuk dan hendak terkucir. Syifaa segera meminta izin untuk ke tandas. Di tandas, Syifaa terserempak dengan Fira, rakan karib Amylea. Syifaa menoleh sekeliling jika Amylea ada di situ. Syifaa terus masuk ke tandas. Setelah selesai, baru sahaja Syifaa ingin melangkah kaki keluar dan membuka pintu, satu simbahan air dari arah atas tandas membasahi diri Syifaa! Syifaa tahu ini mesti angkara Amylea. Syifaa meenjerit sekuat hati.
          "Aaaaaa....! Macam mana nak masuk kelas ni, tudung pun basah!" keluh Syifaa. Dia mengambil keputusan untuk curi-curi keluar dari sekolah untuk pulang ke rumah. Tiba sahaja di pintu pagar sekolah, Syifaa secara senyap keluar dari sekolah dan bersembunyi di sebalik pokok. Dia berasa lega lalu menoleh ke belakang... "Aaaaaa!!" Syifaa terkejut besar apabila mengetahui pengawal pintu pagar sekolah berada betul-betul di hadapannya. Dengan tidak membuang masa, Syifaa ingin melarikan diri tetapi segera ditiupkan withle. Syifaa mengalah dan dihadapkan ke meja pengetua.
          "Kenapa kamu basah-basah?"tanya pengetua. Syifa mengelap-ngelap bajunya yang masih basah itu. Dia tidak berani menceritakan hal yang sebenar.
          "Saya.. err...saya.. saya jatuh dalam tandas tadi. Dan saya cuba mengatur semula paip yang terbuka tadi. Baju saya basah dan saya malu nak balik ke kelas," jelas Syifaa dengan mereka cerita dongeng.
          "Baiklah, saya akan hubungi ayah kamu,"
          "Aaa.. jangan!"
          "Kenapa pulak? kan awak nak balik?" tanya pengetua kehairanan. Syifaa tidak berani membantah dan hanya tunduk malu.
          Ayahnya hanya menyuruh Pak Samad mengambil Syifaa pulang.

          Pada malam itu, ketika sedang menjamu selera, ayahnya bertanya tentang kejadian siang tadi.
          "Kenapa Syifaa minta balik awal tadi?" ayahnya bersuara agak garang.Syifaa terkejut dan hampir tertelan terus air yang sedang diminumnya.
          "Ohh.. baju Syifaa basah," jawabnya ringkas.
          "Kenapa boleh basah?"
          "Err.. umm.. Syifaa terjatuh dalam tandas dan paip tandas tu terbuka, jadi, Syifaa nak betulkan semula.." jawab Syifaa . Riak muka Syifaa memberitahu yang Syifaa sedang menipu ayahnya. Ayahnya hanya membiarkan sahaja perbuatannya itu. Syifaa berasa lega. Tetapi mata ibunya tidak berkelip menjeling tajam ke arah Syifaa sebagai tanda ibunya juga tahu Syifaa menipu.

          "Ish! tak pasal-pasal aku kena skip kelas hari ni! " keluh Syifaa . Siddiq masuk ke bilik Syifaa.
          "Haa.. apa cerita disebalik tabir tadi?" bunyi Siddiq agak menyindir adiknya.
          "Tak ada apa..."
          "Eh, tak kan tak nak beritahu abang kot... sharing is caring, right? "
          "Eeeee... abang ni! Tapi janji jangan bagitahu mama dan papa.. "
          "Pinky promise! "
          "Ada seorang perempuan ni, tadi dia pergi simbah adik dengan air dalam baldi dari atas dinding tandas! Mesti dia dengki dengan adik.. ishh... lepas tu , dah semua basah, adik malu la nak masuk kelas, jadi adik curi-curi keluar. Dah lega dah, sekali toleh ke belakang! tuh! Pak Guard tu ada kat depan Syifaa. Dia bawa lah Syifaa jumpa pengetua" jelas Syifaa. Siddiq ketawa besar. Syifaa menumbuk-numbuk Siddiq yang suka mentertawakan adiknya.
          "Jadi.. adik abang ni kena buli lah kat sekolah?"
          "Memang Syifaa selalu kena buli.. hmm.. jadi org miskin lagi senang kan bang?" kata Syifaa. Siddiq sedikit terkejut. Kata-kata Syifaa seolah-olah dia berputus asa.
          "Adik! Jangan cakap macam tu. Adik sepatutnya bersyukur dapat keluarga macam ni. Keluarga kita bahagia dan adik kena tahu yang ramai lagi orang yang fakir nak jadi kaya tahu tak... ini hanya ujian daripadaNya.. Kita mestilah sabar menghadapi apa juga bentuk ujian yang diberikan.. dan.. abang percaya Syifaa boleh atasinya dengan baik! betul tak adik ku sayang?"
         "Haha! sayang lah sangat... inshaAllah adik dapat atasinya dengan bantuan Allah. Terima kasih abangku sayang," jawab Syifaa. Mereka bergelak ketawa.

              ****

          "Hey, PENAKUT! Best tak mandi percuma semalam? Mesti sejuk kan? Hahaha!" suara Amylea memecah kesunyian di kantin pada pagi itu. Semua rakan Syifaa yang berada di situ tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Amylea. Syifaa memandang semua rakan-rakannya satu persatu. Senyap.
          "Ohh! umm.. saya dah habis dah bekal.. korang.. .. aku pergi tandas dulu.." Syifaa bersuara dan satu pun yang dikatakannya dia sendiri tidak faham. Syifaa mengerut dahi lalu pergi meninggalkan rakannya kerana tidak mahu mereka tahu bahawa Amylea telah mengenakannya.
          "Eh! Anak Dato' ada kat sini lah... " Faiq melayan hobi hariannya di sekolah.
          "Emmmm... kenapa budak hingusan ni tak bersuara hari ni Fiq.. " tanya Faiq kepada Afiq. Syifaa hanya menatap tajam ke arah Faiq yang sengaja ingin menaikkan darahnya.
          "Aiekk.. oi, anak mak?! bisu ke apa?!"
          "Faiq! Nama saya Nurul Syifaa, N. u. r. u. l . S. y. i. f. a. a !!" jerit Syifaa sekuat hati. Nampak sahaja Syifaa hanya acting cool tetapi hatinya amat geram dan kadang-kadang dia juga menangis. Dia juga letih dibuli tetapi dia tidak pernah mengadu kepada sesiapa tentang ini. Air matanya berlinangan. Dia juga manusia biasa, yang punyai perasaan dan seorang perempuan biasa yang sensitif.

           Tiba-tiba Alya menyapa bahunya. Dikesatnya segera air matanya.
           "Eh, Syifaa.. are you crying? Is there something's wrong? " tanya Alya sambil memeluk bahunya.
           "Eh, tak ada apa-apa lah. Malam tadi aku tidur akhir sikit, that's why I feel sleepy.." jawab Syifaa ringkas. Dia menguntumkan senyuman kepada Alya dan Evie.
           "If there's a problem, let us know, okay?" kata Evie yang juga merupakan sahabat karib Syifaa. Syifaa hanya mengangguk dan tersenyum. Dia bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang sangat mengambil berat terhadap dirinya.