Wednesday 14 December 2011

Aku adalah... "remote" hidupku! (2)

Episod 2 ~ Nama saya Nurul Syifaa!!


          Syifaa sangat dikenali dengan gelaran "anak mak" , "budak hingusan" dan juga "penakut". Syifaa hanya bersabar dengan sikap sestengah pelajar yang suka mengejek, mebulinya hanya kerana ayahnya seorang manager dan merupakan anak yang dimanja oleh ibunya, sudah memang lumrah anak bongsu! Gelaran "penakut" pula timbul hanya kerana Syifaa menghormati ketegasan ayahnya. Tahun lepas mungkin sedikit bilangan yang membulinya kerana kehadiran Siddiq yang selalu mengambil berat tentang adiknya. Tetapi berbeza setelah Siddiq bergelar lepasan SPM! Syifaa malah pernah di baling telur mentah di kantin sekolah.
          "Oi, anak mak! Mana bantal busuk?" satu suara tiba-tiba muncul dari arah belakang. Tidak lain tidak bukan mesti suara Faiq. Sah! Memang ketua buli di sekolah mereka.
          "Apa oi..oi.. siapa anak mak? Aku? Memanglah aku anak mak, habis kau anak apa?!" Syifaa memberanikan diri melawan Faiq. Faiq sedikit terkejut.
          "Eh, korang.. Anak mak dah pandai bercakap! Wah..wah.. siapa ajar kau ni haa?" tanya Faiq tidak puas hati kerana selama ini Syifaa hanya diam dan terus lari dari mereka.
          "Mak aku yang ajar supaya jangan biarkan orang tindas kita.. kenapa? Kau terkejut? Aku kan anak mak, mestilah diberi didikan yang patut!" balas Syifaa dengan yakin. Faiq geram dan jarinya digenggam rapi. Syifaa lantas meninggalkan mereka. Wafiey hanya melihat dari jauh. Dia gembira kerana Syifaa sudah pandai mempertahankan dirinya sendiri.
         
            Wafiey seorang pelajar top ten di sekolah mereka. Dia juga mempunyai rupa paras yang elok kerana ada kacukan mat salleh. Matanya agak coklat dan bulu mata  panjang. Tidak hairanlah jika ramai perempuan sukakan Wafiey. Syifaa pula mempunyai rupa paras yang elok dan berkulit putih dan juga mempunyai mata yang menawan. Syifaa seorang yang peramah, baik dan amanah tetapi pantang ditegur dan akan memberontak atas sebab-sebab tertentu.

            Syifaa dan rakan-rakannya berehat di kantin sekolah dan menikmati bekalan masing-masing.
            "Tangan awak dah sembuh Syifaa?" Wafiey memecah kesunyian. Syifaa tersentak dan tercekik. Dia segera meminum air horlick kegemarannya.
            "Uhh.. oh, dah okay . Semalam buka simen tu. Tapi, doktor cakap jangan sesekali angkat benda berat. Tulang tangan saya sebelah ni dah lemah. So, I must be careful next time ! " kata Syifaa. Semua mengangguk dan tersenyum dengan telatah lucu Syifaa. Syifaa agak kaku apabila berhadapan dan bercakap dengan lelaki. Alya sangat faham dengan sikap Syifaa.

                   ****

          "Syifaa, tolong panggilkan Wafiey di kelas dan juga Jane. Dan awak sekali. Ada tugas cikgu nak suruh kamu siapkan," arah Cikgu Amanda. Syifaa amat rapat dengan Cikgu Amanda walaupun cikgu Amanda merupakan muallaf dan saudara baru sejak lima tahun yang lalu. Syifaa pergi ke kelasnya dan memanggil Wafiey dan Jane. Selama dalam perjalanan, Wafiey berjalan di sebelah Syifaa dan Jane pula di belakang mereka kerana mereka tidak akrab.
          "Ummm.. Wafiey, awak jalan dulu lah, saya dengan Jane"
          "Eh, tak apa Syifaa , saya boleh jalan sendiri. Kamu sama Wafiey saja lah," kata Jane.
          "Jane! you ini.. tak nak tolong saya...." bisik hati Syifaa. Mereka terserempak dengan Amylea, ratu popular di sekolah itu. Dia juga minat terhadap Wafiey. Jelingan tajam dilemparkan kepada Syifaa.
          "Jeling..nanti mata juling baru tahu!" Syifaa mencebik. Kata-kata Syifaa didengari oleh Amylea lantas Amylea menangkap lengan Syifaa yang baru sembuh itu.
          "Watch out you, girl! " kata Amylea sambil memulas tangan Syifaa. Wafiey menarik tangan Amylea dan meninggalkan mereka. Syifaa malu tetapi gembira kerana berani membuatkan Amylea marah. Syifaa tidak faham ramai orang membencinya termasuk Si Amylea.


         ****

          Cuaca agak dingin pada pagi itu dengan kehadiran hujan, rahmat dari Tuhan. Syifaa berasa sejuk dan hendak terkucir. Syifaa segera meminta izin untuk ke tandas. Di tandas, Syifaa terserempak dengan Fira, rakan karib Amylea. Syifaa menoleh sekeliling jika Amylea ada di situ. Syifaa terus masuk ke tandas. Setelah selesai, baru sahaja Syifaa ingin melangkah kaki keluar dan membuka pintu, satu simbahan air dari arah atas tandas membasahi diri Syifaa! Syifaa tahu ini mesti angkara Amylea. Syifaa meenjerit sekuat hati.
          "Aaaaaa....! Macam mana nak masuk kelas ni, tudung pun basah!" keluh Syifaa. Dia mengambil keputusan untuk curi-curi keluar dari sekolah untuk pulang ke rumah. Tiba sahaja di pintu pagar sekolah, Syifaa secara senyap keluar dari sekolah dan bersembunyi di sebalik pokok. Dia berasa lega lalu menoleh ke belakang... "Aaaaaa!!" Syifaa terkejut besar apabila mengetahui pengawal pintu pagar sekolah berada betul-betul di hadapannya. Dengan tidak membuang masa, Syifaa ingin melarikan diri tetapi segera ditiupkan withle. Syifaa mengalah dan dihadapkan ke meja pengetua.
          "Kenapa kamu basah-basah?"tanya pengetua. Syifa mengelap-ngelap bajunya yang masih basah itu. Dia tidak berani menceritakan hal yang sebenar.
          "Saya.. err...saya.. saya jatuh dalam tandas tadi. Dan saya cuba mengatur semula paip yang terbuka tadi. Baju saya basah dan saya malu nak balik ke kelas," jelas Syifaa dengan mereka cerita dongeng.
          "Baiklah, saya akan hubungi ayah kamu,"
          "Aaa.. jangan!"
          "Kenapa pulak? kan awak nak balik?" tanya pengetua kehairanan. Syifaa tidak berani membantah dan hanya tunduk malu.
          Ayahnya hanya menyuruh Pak Samad mengambil Syifaa pulang.

          Pada malam itu, ketika sedang menjamu selera, ayahnya bertanya tentang kejadian siang tadi.
          "Kenapa Syifaa minta balik awal tadi?" ayahnya bersuara agak garang.Syifaa terkejut dan hampir tertelan terus air yang sedang diminumnya.
          "Ohh.. baju Syifaa basah," jawabnya ringkas.
          "Kenapa boleh basah?"
          "Err.. umm.. Syifaa terjatuh dalam tandas dan paip tandas tu terbuka, jadi, Syifaa nak betulkan semula.." jawab Syifaa . Riak muka Syifaa memberitahu yang Syifaa sedang menipu ayahnya. Ayahnya hanya membiarkan sahaja perbuatannya itu. Syifaa berasa lega. Tetapi mata ibunya tidak berkelip menjeling tajam ke arah Syifaa sebagai tanda ibunya juga tahu Syifaa menipu.

          "Ish! tak pasal-pasal aku kena skip kelas hari ni! " keluh Syifaa . Siddiq masuk ke bilik Syifaa.
          "Haa.. apa cerita disebalik tabir tadi?" bunyi Siddiq agak menyindir adiknya.
          "Tak ada apa..."
          "Eh, tak kan tak nak beritahu abang kot... sharing is caring, right? "
          "Eeeee... abang ni! Tapi janji jangan bagitahu mama dan papa.. "
          "Pinky promise! "
          "Ada seorang perempuan ni, tadi dia pergi simbah adik dengan air dalam baldi dari atas dinding tandas! Mesti dia dengki dengan adik.. ishh... lepas tu , dah semua basah, adik malu la nak masuk kelas, jadi adik curi-curi keluar. Dah lega dah, sekali toleh ke belakang! tuh! Pak Guard tu ada kat depan Syifaa. Dia bawa lah Syifaa jumpa pengetua" jelas Syifaa. Siddiq ketawa besar. Syifaa menumbuk-numbuk Siddiq yang suka mentertawakan adiknya.
          "Jadi.. adik abang ni kena buli lah kat sekolah?"
          "Memang Syifaa selalu kena buli.. hmm.. jadi org miskin lagi senang kan bang?" kata Syifaa. Siddiq sedikit terkejut. Kata-kata Syifaa seolah-olah dia berputus asa.
          "Adik! Jangan cakap macam tu. Adik sepatutnya bersyukur dapat keluarga macam ni. Keluarga kita bahagia dan adik kena tahu yang ramai lagi orang yang fakir nak jadi kaya tahu tak... ini hanya ujian daripadaNya.. Kita mestilah sabar menghadapi apa juga bentuk ujian yang diberikan.. dan.. abang percaya Syifaa boleh atasinya dengan baik! betul tak adik ku sayang?"
         "Haha! sayang lah sangat... inshaAllah adik dapat atasinya dengan bantuan Allah. Terima kasih abangku sayang," jawab Syifaa. Mereka bergelak ketawa.

              ****

          "Hey, PENAKUT! Best tak mandi percuma semalam? Mesti sejuk kan? Hahaha!" suara Amylea memecah kesunyian di kantin pada pagi itu. Semua rakan Syifaa yang berada di situ tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Amylea. Syifaa memandang semua rakan-rakannya satu persatu. Senyap.
          "Ohh! umm.. saya dah habis dah bekal.. korang.. .. aku pergi tandas dulu.." Syifaa bersuara dan satu pun yang dikatakannya dia sendiri tidak faham. Syifaa mengerut dahi lalu pergi meninggalkan rakannya kerana tidak mahu mereka tahu bahawa Amylea telah mengenakannya.
          "Eh! Anak Dato' ada kat sini lah... " Faiq melayan hobi hariannya di sekolah.
          "Emmmm... kenapa budak hingusan ni tak bersuara hari ni Fiq.. " tanya Faiq kepada Afiq. Syifaa hanya menatap tajam ke arah Faiq yang sengaja ingin menaikkan darahnya.
          "Aiekk.. oi, anak mak?! bisu ke apa?!"
          "Faiq! Nama saya Nurul Syifaa, N. u. r. u. l . S. y. i. f. a. a !!" jerit Syifaa sekuat hati. Nampak sahaja Syifaa hanya acting cool tetapi hatinya amat geram dan kadang-kadang dia juga menangis. Dia juga letih dibuli tetapi dia tidak pernah mengadu kepada sesiapa tentang ini. Air matanya berlinangan. Dia juga manusia biasa, yang punyai perasaan dan seorang perempuan biasa yang sensitif.

           Tiba-tiba Alya menyapa bahunya. Dikesatnya segera air matanya.
           "Eh, Syifaa.. are you crying? Is there something's wrong? " tanya Alya sambil memeluk bahunya.
           "Eh, tak ada apa-apa lah. Malam tadi aku tidur akhir sikit, that's why I feel sleepy.." jawab Syifaa ringkas. Dia menguntumkan senyuman kepada Alya dan Evie.
           "If there's a problem, let us know, okay?" kata Evie yang juga merupakan sahabat karib Syifaa. Syifaa hanya mengangguk dan tersenyum. Dia bersyukur kerana dikurniakan sahabat yang sangat mengambil berat terhadap dirinya.

No comments:

Post a Comment