Wednesday 14 December 2011

Aku adalah..."remote" hidupku! (1)

Episod 1 ~ Ohh, tidak!!

          Cuaca yang dingin di pagi hari turut melenakan Syifaa. Dia masih lena dibuai mimpi di bawah selimut pinky yang setia menemani malam harinya.
          "Syifaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" satu jeritan kedengaran. Syifaa lantas terjaga dan terus bangun daripada tempat tidurnya. "pappp" kaki Syifaa terlanggar kerusi di study desk kepunyaannya.
          "Aduh... macam petanda tak bagus je ni.." detak hati Syifaa. Dia terus menyiapkan dirinya dan sempat menoleh ke arah jam dinding.
         "Ohh, tidak!!!" jam telah menunjukkan pukul 7.05 pagi. Dia sudah terlewat tetapi tidak ingin ketinggalan pelajarannya tambah-tambah lagi tahun ini dia akan menghadapi peperangan besar iaitu peperiksaan SPM! Setelah selesai bersiap, Syifaa lantas berlari menuruni tangga dan tergelincir pada anak tangga yang terakhir. Dia terjatuh. Tubuhnya menghempap tangan kirinya.
         "Aarggghhhh!!" Syifaa mengerang kesakitan.
         "Haa! tu lah lari lagi atas tangga, lari ! " tengking ayahnya, iaitu Ahmad Syuib, manager di syarikat perabot yang terkenal di Johor. Ayahnya sedikit tegas dan serious orangnya.
         "Sakit sangat ke Syifaa?" tanya ibunya, Syimah. Syifaa hanya mampu mengangguk dan air matanya berlinangan menahan kesakitan. Tangannya tidak dapat digerakkan. Ibunya menghantar Syifaa ke hospital untuk rawatan lanjut. Doktor memberitahu bahawa tulang tangannya patah.

                                                                       ****

          Syifaa terpaksa mengambil cuti selama 2hari kerana dia telah dinasihati supaya kurangkan pergerakan terutamanya tangannya yang telah dirawat. Syifaa kesal kerana sangat cuai dalam kehidupan sehariannya.
          "Ingatkan nak turun sekolah biarpun lewat, tapi... ni pulak yang jadi," keluh hati Syifaa.
Malamnya dipenuhi dengan jadual belajar. Dia perlu menghadiri kelas tuisyen selama 2jam di tempat yang telah ditetapkan oleh ayahnya. Ayahnya sangat menekankan pelajaran anak-anaknya dan bersikap tegas jika anak-anaknya mempunyai keputusan yang kurang memuaskan. Selepas kelas tuisyen, dia mesti mengulankaji pelajarannya dan menyiapkan kerja rumah sehingga pukul 11 malam ataupun sehingga selesai. Syifaa pada mulanya amat tertekan dengan cara ayahnya tetapi sudah lama mengamalkannya, Syifaa jadi sebati dengan tugasnya sebagai calon SPM.

         Syifaa hanya mempunyai seorang abang iaitu Ahmad Siddiq. Dia telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tahun lepas. Beza dia dengan abangnya hanya beberapa bulan. Siddiq kini sedang menunggu tawaran melanjutkan pelajaran. Ayahnya pernah menyarankan agar Siddiq melanjutkan pelajaran ke luar negara tetapi diotalak serta merta oleh nya atas sebab-sebab tertentu. Syifaa takut jika ayahnya akan memaksanya belajar di negara orang kerana abangnya telah menolak galakan ayahnya. Syifaa sedikit takut dengan ayahnya tetapi tidak bermakna ayahnya garang dan tegas tidak menyayangi mereka. Ayahnya seorang yang tegas tetapi hatinya baik.

                                                              ****

          "Eh, korang! SPM tinggal dua bulan lagi..korang dah prepare?" tanya Alya Maisarah, sahabat karib Syifaa.
          "Ahh, betul ke dua bulan..? Alamak, science subject aku belum pass lagi, macam mana aku nak capai target?" balas Syifaa. Dia keresahan.
         "Lagi dua minggu kita nak ujian percubaan. So, we have time to make thing possible, right Syifaa?" kata Syed Wafiey , rakan sekelas Syifaa. Syifaa termenung. Dicuit bahunya oleh Yun Evie barulah Syifaa sedar dari khayalannya.
         "Eh, come on la... Kita pasti boleh buat.. Ingat ni je Syifaa, D.U.I.T.." tambah Mohammad Tareeq, rakan sekelas Syifaa juga. Semua ternganga. Sedikit hairan dengan kata Tareeq tadi.
         "Maksud awak apa Tareeq? Awak nak saya belajar sebab nak gumpul banyak duit, nanti boleh hidup senang? macam tu ke?" tanya Syifaa panjang lebar. Tareeq menggeleng kepalanya.
         "Ish, korang ni. Bukan duit lah.. yang aku maksudkan ialah.. jeng.jeng.jeng.. D untuk doa, U untuk usaha, I untuk istiqamah dan T untuk tawakkal.. " jelas Tareeq sambil melemparkan senyuman kambingnya itu. Semua menjawab "ohhh" dengan serentak.
         "Eh, istiqamah dan tawakkal tu apa Tareeq," tanya Gabriel yang berbangsa india.
         "Oh, minta maaf. Lupa pulak ada orang non-muslim kat sini. Minta maaf ye Gabriel dan Evie. Istiqamah tu maksudnya kita tak berhenti berusaha. Kita buat sesuatu ni walaupun sikit tapi kita mesti amalkan apa yang kita buat tu. kita tak boleh lah sekejap kita buat, sekejap kita tinggalkan. Kalau macam tu, mana nak dapat hasil kan? Dan tawakkal pula ialah reda dengan apa yang kita dapat setelah kita berusaha. Dan..dan.. kita tak boleh tawakkal jika kita tak berusaha untuk sesuatu," jelas Tareeq. Semua mengangguk tanda memahami penjelasan Tareeq.
         "Haa! satu lagi Syifaa, Allah tak akan mengubah nasib sesorang melainkan dia sendiri berusaha mengubah nasibnya sendiri. Jadi, kita semua kenalah usaha lebih lagi! Dream High! hihi," tambah Alya.

                                                                  ****

          Seminggu telah berlalu. Hanya tinggal seminggu sahaja untuk menduduki peperiksaan percubaan SPM. Syifaa mula berasa tertekan dengan latihan yang diberi oleh guru di sekolah, tambah pula dengan latihan di kelas tuisyen dan tambah lagi buku-buku latihan yang dibeli oleh ayahnya untuk membaiki keputusan Syifaa.
         "Arrggghhhhh!!!!!!!!!!!!!!" Syifaa melepaskan semua apa yang merunsingkan mindanya. Tiba-tiba daun pintu kamarnya dibuka dan Siddiq masuk ke dalam biliknya. Syifaa menghela nafas panjang. Mujur bukan ayahnya yang mendengar dia menjerit.
         "Apahal ni dik?" tanya abangnya.
         "Macamlah abang tak pernah lalui.. tahulah abang dah dapat straight A's SPM," Syifaa mengeluh lagi.
         "Syifaa! tahu tak mengeluh tu boleh mematikan sel?! Syifaa ni, mesti ada je tak puas hati dengan abang! Kalau betul Syifaa tak puas hati, abang cabar Syifaa supaya dapat keputusan macam abang dalam SPM tahun ni.." Siddiq lantas meninggalkan Syifaa keseorangan. Syifaa tergamam dan sedikit terkejut. Syifaa tahu yang abangnya juga serba salah menolak pelawaan ayahnya untuk belajar di luar negara.
         "Arrgghh.. abang ni ! tambah tension adik je... " keluh Syifaa lagi. Dia sudah mula muhasabah dirinya. Cikgu Amanda selalu menasihatinya supaya muhasabah diri ketika menghadapi masalah. Langsir veranda bilik Syifaa ditiup angin. Dia menuju ke veranda tersebut. Udara yang dingin menusuk ke dalam tubuhnya. Syifaa berasa sedikit lega apabila menikmati permandangan langit malam yang dipenuhi bintang yang berkelipan dan bulan yang sentiasa menerangi malam. Kini, Syifaa bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh demi menunjukkan yang dia sendiri dapat mencapai impiannya. Di lantas menutup rapi pintu veranda dan menutup lampu dan segera merehatkan mindanya dengan tidur di bawah selimut kegemarannya itu.
                                                                    

No comments:

Post a Comment