Thursday 15 December 2011

Aku adalah... "remote" hidupku ! (3)

Episod 3 ~ Tak nakkk!!


          Syifaa dan rakan yang lain seperti biasa menjamu bekalan masing-masing di kantin sekolah di meja nombor lima. Itulah rutin harian mereka apabila tiba sahaja waktu rehat. Kelibat Wafiey dari arah bengkel seperti sedang kebingungan. Dia menerpa ke arah mereka lalu bersuara sedikit lantang.
          "Syifaa! Apahal awak tak beritahu kami yang Amylea dan Faiq and the gang tu selalu buli awak? Kami ni siapa bagi awak, huh?!" Suara lantang Wafiey mengejutkan Syifaa. Syifaa seorang yang pantang apabila seseorang itu bernada tinggi. Dia mungkin sensitif ataupun mungkin juga akan melawan.
          "Weh...weh.. kau ni terjah kitaorang macam nak rak ni apahal?! Bawa mengucap la sikit ! " sampuk Tareeq menenangkan Wafiey. Wafiey menghela nafas panjang dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi kantin. Syifaa masih tidak bersuara. Alya , Evie, Tareeq dan Gabriel hanya menunggu satu suara keluar daripada mulut Syifaa. Semua mata memandang Syifaa.
          "Ahh!!! bukan macam yang korang fikirkan.. Bagi aku, korang memang lah kawan. malah kawan karib aku semuanya. Aku tak nak korang tahu sebab nanti kalau korang tahu, Wafiey mesti akan lapor pada cikgu, last-last nanti tak pasal-pasal mama dengan papa aku kena panggil ke sekolah. Korang macam tak kenal aku. Kalau papa aku tahu ada orang buli akau kat sekolah, aku tak sampai hati nak tengok Faiq dan Amylea tu kena denda. Tambah lagi papa aku tu tegas, kalau dia buat police report, how?! " jelas Syifaa panjang lebar. Dia menahan amarahnya dan juga air matanya kerana Syifaa amat lemah apabila dia berasa tidak senang hati. Semua yang berada di situ terdiam terutama Wafiey.

         ****

          Peperiksaan percubaan telah bermula. Tekanan kian terasa. Setiap malam Syifaa memendekkan masa tidurnya. Qiamullail tidak dilupakan. Dia sentiasa ingat dengan nasihat Tareeq iaitu D.U.I.T. Syifaa terlelap di atas buku latihan yang terhampar di atas meja dan juga komputer ribanya masih terbuka untuk merujuk peperiksaan SPM tahun-tahun lalu. Syifaa mungkin berasa amat letih sehingga menyebabkannya tertidur. Ibunya masuk ke dalam biliknya.

          "Adik.. bangun dik.. tidur atas katil. Kalau letih tu rehat lah sekejap.." kata ibunya sambil menggerakkan tubuh Syifaa. Dia terjaga. Kepalanya terasa sakit. Dia segera tidur di atas katilnya dan menarik selimutnya. Ibunya mengemas bukunya dan menutup komputer ribanya itu. Satu kucupan sayang daripada seorang ibu diberikan kepada Syifaa.

          "Aaarrghhh.. " keluh Syifaa sebaik sahaja melihat jam sudah menunjukkan pukul 6.50 pagi. Dia tidak boleh terlewat kerana peperiksaan percubaan juga penting. Berdiri sahaja Syifaa, kepalanya terasa sakit yang teramat. Dia terduduk. Segera dikuatkan semangat untuk menyiapkan diri ke sekolah.
          "Lambat hari ni? " tanya Evie. Syifaa mengangguk dan memicit-micit kepalanya.
          "Awak okay ke Syifaa? Macam tak sihat je?" tanya Alya melihat kerut wajah Syifaa.
          "Kepala saya rasa berat pagi tadi. Tak tahu pulak sebabnya.. " kata Syifaa. Peperiksaan terakhir telahpun bermula. Kertas terakhir iaitu ICT mengambil masa dua jam tiga puluh minit. Ketika bekerja keras memerah otak mencari jawapan, satu titik cecair merah jatuh ke atas kertas Syifaa. Hidungnya berdarah. Kepalanya terasa pening dan huruf yang tertulis di kertas ujian seperti berlapis-lapis. Syifaa pengsan!

          Syifaa dikejarkan ke hospital berdekatan. Mama dan Siddiq menunggu di luar bilik rawatan.
Doktor Fazreena keluar dengan senyuman yang menawan.
          "Doktor, macam mana dengan Syifaa?" tanya Mama cemas. Siddiq hanya memegang lengan Mama untuk menenangkan Mama.
          "Syifaa sudah stabil. Cuaca sekarang sangat panas. Dia juga mengalami hidung berdarah kerana kekurangan kandungan air di dalam bandannya dan saya yakin dia mungkin juga tertekan," jelas Doktor Fazreena. Mama dan Siddiq menarik nafas lega dan bersyukur Syifaa selamat. Doktor Fazreena mempelawa Mama dan Siddiq masuk untuk menjenguk Syifaa. Syifaa masih tidur. Dia semestinya keletihan.


                     ****

           "Syifaa kena ambik ubat ni kalau tak nanti sakit tu datang," pujuk Mama.
           "Tak nakkk!!" Syifaa meragam. Dia sememangnya benci dengan ubat-ubatan.
           "Syifaa... Syifaa tahu tak bahaya kalau Syifaa stress macam ni.. Mama sayang Syifaa.."
           "Mama! Adik sayang mama juga. Adik janji adik tak akan stress lagi, okay?" kata Syifaa sambil menegenyit sebelah matanya kepada Mama. Ayahnya menerpa masuk ke bilik Syifaa. Syifaa terdiam.
           "Syifaa kena jaga kesihatan. Belajar, belajar elok-elok. Nanti SPM sakit, tak ke teruk. Haa, ni ada satu set lagi buku latihan untuk Syifaa," ayahnya menghulurkan buku tersebut. Syifaa tergamam. Sememangnya buku tersebut akan menambahkan stress yang dialaminya.
           "Kenapa tak ambik?"
           "Err.. buku.. buku hari tu belum habis , pa.. papa," jawab Syifaa.
           "Hah?! Buku yang nipis tu pun belum siap? Apa nak jadi Syifaa ni? Dahlah keputusan hari tu teruk! Teruk! Teruk! Papa nak Syifaa siapkan latihan ni dalam dua minggu dari hari ni! Kalau tak, semua barangan elektronik Syifaa papa tahan!" penjelasan ayahnya tidak mampu dibantah. Mama hanya tertunduk.

            Sepuluh buah buku dalam dua miggu?!!!
            "Adik jaga kesihatan okay? Jangan terlalu letih..." nasihat Mama hanya mampu didengari sahaja. Siddiq menggeleng dengan tindakan ayahnya itu. Syifaa berasa tertekan dan tidak mampu menstabilkan emosinya. Tangannya segera mencapai botol ubatnya . Siddiq menerpa masuk.
           "Kenapa lah adik kena lalui semua ni.. dah kena ambik ubat lagi, risau abang," Siddiq cuba menenangkan Syifaa. Dia kelihatan serabut. Matanya berkaca.
           "Dahlah dik, adik tidur je dulu malam ni. Rehatkan minda tu. Esok baru adik mula study , okay?" Siddiq mengemas meja belajar adiknya. Syifaa hanya menurut kata abangnya.

                     ****

         
            Alya duduk termenung di kerusi padang sekolah. Dia sepertinya sedang kerunsingan. Kelibat Amylea menuju ke arahnya. Alya menoleh ke belakang dan ke kanan. Tiada pelajar lain yang berada di situ. Dia kehairanan.
           "Hai Alya! Buat apa duduk sini sorang-sorang? Syifaa dah lupa awak ke?"
           "Eh! Mana ada. Saya saja nak release tension.. kenapa?"
           "Ohh.. eh, awak masih tak tahu eh pasal Syifaa?"
           "Kenapa dengan Syifaa? Setahu saya antara kami tak ada rahsia kecuali hal peribadi..."
           "Ish, awak ni! Semalam saya tengok Syifaa tumpang Wafiey pulang ke rumah guna scooter Si Wafiey tu,"
           "Ha..aa.. lepas tu?
           "Tapi saya tengok mereka singgah kat taman sebelum balik ke rumah. Mereka nampak macam berdua-duaan.. dan.. Wafiey macam nak .." kata-kata Amylea dipintas Alya.
           "Sudahlah Amy!" jerkah Alya lalu berlalu pergi. Alya sememangnya tidak dapat menipu dirinya bahawa Alya juga meminati Wafiey dan cemburu dengan Syifaa.
           "Alya! awak percaya ke dengan sahabat karib awak tu? Saya dengar dia tikam awak dari belakang!" Amy bersuara lantang. Alya menoleh.
           "Syifaa pernah cakap yang awak ni berlagak macam semua benda awak bagus! Lepas tu dia cakap awak ni nampak macam alim tapi hakikat awak tengok lelaki juga!"
           "You just shut up your mouth, Amy!" Alya terus meninggalkan Amy dan rakannya.


               ****

           Kedudukan Syifaa di dalam kelas bersebelahan dengan tempat duduk Alya. Alya kelihatan moody dan Syifaa mendekatinya tetapi segera Alya menjauhkan diri daripadanya. Syifaa agak hairan dengan sikap Alya. Syifa kerunsingan. Kepalanya buntu untuk mencari tindakan yang terbaik. Syifaa membiarkan sahaja Alya begitu, mungkin dia ingin bersendirian.

           "Wafiey!" Siddiq terserempak dengan Wafiey di taman.
           "Oh, Siddiq! Ha..aa, ada apa?" Wafiey menguntum senyuman ikhlas.
           "Aku nak tanya something boleh?"
           "Oh, aa, tanya lah..."
           "Betul ke Syifaa selalu kena buli kat sekolah sejak aku tinggalkan sekolah tu?"
           "Huh? Aaa.. pasal tu. Sebenarnya kami baru tahu beberapa hari yang lalu. Tapi, sebelum ni ada juga aku tengok Faiq dan Amy selalu kacau dia. Tapi , kenapa Diq?"
           "Ohh, macam tu eh. Tak ada lah, aku just tanya je. Dia sekarang ni tengah sakit. Tapi bukan serius lah. Biasa-biasa je, maklumlah nak SPM dah kan.."
           "Ohh.. okay.. itu lah. Tak lama dah nak SPM dah kami ni.. Doakan kami Diq.."
           "InshaAllah.. Eh, Fiey.. Aku nak mintak tolong kau boleh?". Wafiey mengangguk.
           "Aku mintak tolong kau tengok-tengok kan Syifaa kat sekolah. Kau kan pengawas, kalau Syifaa kena buli kau lapor kat cikgu eh.. Eh, tak..tak.. kalau dia kena buli, kau cuba tolong dia, kalau tak dapat, baru kau lapor. Sebab aku tak nak papa aku tahu.."
           "InshaAllah aku akan tolong yang termampu. Kau jangan risau lah Siddiq! Ini kan Wafiey.." janji Wafiey sambil menepuk dadanya tanda bangga. Siddiq hanya tersenyum. Mujur sahaja ada orang yang dapat menjaga adiknya di sekolah.

            Syifaa rebah apabila tiba sahaja di depan tangga.
            "Syifaa!!" jerit Siddiq. Dia cemas. Ibu dan ayah mereka tiada di rumah. Tubuh Syifaa panas. Hidungnya juga berdarah. Siddiq segera menggapai telefon rumah dan menghubungi ibunya. Syifaa dikejarkan ke hospital buat kali kedua. Dia mengalami demam panas dan suhu badannya juga tinggi.
Siddiq tidak dapat menahan rasa sebaknya kerana kasihan melihat keadaan adiknya. Tekanan darah Syifaa juga tinggi. Doktor yang bertugas berusaha menstabilkan keadaannya.

             "Siapa penjaga Nurul Syifaa?". Kelibat Doktor Fazreena muncul di hadapan pintu bilik rawatan kecemasan. Siddiq dan ibunya menghampiri Doktor itu.
            "Keadaan Syifaa sudah stabil, jadi puan tak perlu lah risau. Syifaa hanya mengalami demam biasa dan mungkin juga mengalami tekanan. Saya nasihatkan puan agar menjaganya dengan sepenuh perhatian dan bantu Syifaa untuk mengatasi stress yang dialaminya. Kesihatannya juga penting dan saya sarankan dia perlu minum air dalam kandungan yang banyak. Puan boleh masuk," jelas Doktor Fazreena. Dia menguntumkan senyuman mesra dan berlalu pergi. Siddiq terus memimpin ibunya masuk ke bilik rawatan. Syifaa masih tidur. Suhu badannya sudah turun tetapi masih panas. Setiap kali dia dimasukkan ke hospital, ayahnya tidak pernah berpeluang menjenguknya hanya kerana sibuk dengan kerja. Mujur sahaja ibunya seorang pemilik butik yang senang untuk keluar masuk butik itu.


              "Sudah tiga hari Syifaa tidak hadir ke sekolah kerana demam. Apa kata kita pergi melawat dia petang ni," Evie menyatakan hasratnya untuk menjenguk Syifaa di rumah. Alya seolah-olah tidak dengar. Wafiey dan Tareeq kehairanan.
              "Eh, bagus juga idea kamu Evie! Okay, set pukul empat petang ni," kata Gabriel. Semua mengangguk kecuali Alya.
              "Eh, baru aku ingat, hari ni aku kena teman mak aku pergi beli barang dapur. Minta maaf, aku tak dapat ikut korang," Alya terus berlalu pergi.

                           ****

          Syifaa masih dibawah selimut kesayangannya. Dia masih lagi demam dan sejuk. Batuk dan selesema turut menyerang. Rakan-rakannya datang melawat. Syifaa agak segan dengan kehadiran Wafiey, Tareeq dan Gabriel. Tetapi Syifaa berasa terkilan kerana sahabat karibya , Alya tidak muncul di ruang kamarnya.
          "Syifaa, Alya tak dapat datang sebab dia kena teman mak dia pergi beli barang dapur," Evie memecah kesunyian. Syifaa mengangguk faham.
          "Awak masih sakit , Syifaa?" soalan Tareeq sangat tidak mengena. Sudah terang lagi bersuluh di dahi Syifaa terdapat fever cooler, malah ditanya lagi masih sakit. Syifaa dan rakan yang lain tergelak.
          "Awak tak nampak ke Tareeq atas kepala saya ni, selimut saya ni. Itu tandanya saya belum sembuh lah.." sindir Syifaa. Syifaa terpaksa menghiburkan dirinya walaupun hatinya rasa sebak memikirkan tentang Alya.

          Syifaa sekarang perlu menjaga kesihatannya dengan terperinci. Bila-bila masa sahaja dia boleh jatuh sakit. Syifaa makin sembuh dari demam , batuk dan selesema yang dialaminya. Tetapi stress yang dialaminya sukar untuk berkurang. Dua minggu telah berlalu. Ayahnya masuk ke bilik Syifaa.
         "Mana set buku yang papa bagi dua minggu lepas?" tanya ayahnya dengan nada agak tinggi. Syifaa mula rasa resah. Dikeluarkan sahaja set buku yang baru beberapa sahaja dilengkapkan olehnya.
        "Kenapa belum lengkap lagi?! Macam ni ke nak dapat straight A's ?!" tengking ayahnya. Syifaa tidak dapat menahan rasa geramnya. Matanya berkaca. Ayahnya terus merampas telefon bimbit Syifaa serta alatan elektronik yang lain termasuklah laptop, iPod, headphone dan PSP yang dimilikinya. Syifaa hanya melihat tindakan ayahnya itu. Syifaa mula rasa tertekan.
        "Papa nak Syifaa belajar supaya dapat keputusan macam Siddiq, nanti boleh papa hantar kamu berdua belajar business  di Perth. Kalau Syifaa tak dapat tunaikan apa yang papa cakapkan ni, Syifaa tahulah ganjarannya!" ayahnya keluar membawa semua peralatan elektroniknya.
        "Macam mana aku nak tahu kalau-kalau ada benda urgent, handphone aku dirampas! Macam mana aku nak tengok soalan-soalan percubaan negeri lain?! Aku tak dapat belajar tanpa musik! Macam mana aku nak release tense kalau PSP pun papa ambik?! Argghhh!! " detak hati Syifaa. Dia menangis sepuas-puasnya. Digapainya botol ubatnya. Kini dia hanya bergantung kepada ubat yang diberi oleh doktor itu untuk meredakan tekanan yang dialaminya. Syifaa rebah tepat di atas katilnya. Tiada siapa masuk ke biliknya menjenguknya. Mungkin ayahnya melarang Siddiq dan ibunya masuk untuk meredakannya. Syifaa pasti penat. Dia mungkin sahaja pengsan dan akan tidur selepasnya. Itu yang diberitahu oleh Doktor Fazreena kepada ibu Syifaa.

No comments:

Post a Comment