Friday 13 January 2012

Aku adalah... "remote" hidupku! (7)

Episod 7 ~ Takkan kau.. Arrgghhh!!


          Ayah Siddiq baru sahaja tiba di Korea. Dia terus pergi ke kaunter hospital untuk menanyakan bilik mama dan Syifaa. Ayah Siddiq sampai di dalam bilik tersebut. Mama , Syifaa dan Siddiq masih lena tidur. Ayah Siddiq menghampiri mama. Siddiq terjaga.
         "Aahh.. Siddiq dah bangun? Macam mana dengan mama?" tanya ayahnya.
         "Uh? Oh.. Doktor cakap mama kehilangan banyak darah, tapi adik dah dermakan darah dia. Tangan mama tu patah sebab hentakan kuat sewaktu kena langgar. Sekarang keadaan mama sudah stabil tetapi mama belum sedarkan diri.." jelas Siddiq.
         "Ohh, kenapa pulak belum sedar? Ni, kenapa Syifaa terbaring atas katil tu jugak?"
         "Aaah.. malam tadi, Syifaa kena langgar buat kali kedua selepas dia derma darah kat mama. Siddiq tak tahu kenapa dia keluar dari hospital ni tanpa pengetahuan Siddiq mahupun doktor dan jururawat. Luka dia semakin teruk dan badannya sangat lemah. Tangan Syifaa terseliuh," kata Siddiq perlahan. Dia seperti tidak bermaya kerana belum makan dari malam semalam.
          "Hmm.. Siddiq dah sarapan?" tanya ayahnya. Siddiq hanya mengagguk. Siddiq baru sahaja berdiri tetapi dia terjatuh pengsan. Mungkin kerana dia  terlalu penat dan tiada tenaga sejak semalam.
          "Siddiq! Kenapa ni? Doktor! Doktor!". Doktor Park datang dan membuat pemeriksaan terhadap Siddiq. Suhu badannya menaik dan dia juga kekurangan air di dalam badannya. Kini, ketiga-tiga ahli keluarga Ahmad Syuib terlantar di atas katil hospital. Di buntu. Dia runsing dengan keadaan keluarganya. Isterinya belum sedar, anak perempuannya masih lemah dan anak lelakinya pula demam.

                     ****

          Percutian di Korea berakhir dengan sebuah trajedi. Masa berada di Korea juga terpaksa dipanjangkan sehingga ibu Syifaa sembuh sepenuhnya. Tiket yang telah di booked juga terpaksa dibatalkan. Siddiq sudah sembuh dari demamnya. Syifaa juga sudah kembali bertenaga tetapi luka di dahi dan tangannya yang terseliuh belum lagi sembuh. Hanya tinggal mama sahaja yang masih belum sedarkan diri walaupun sudah tiga hari berlalu selepas kejadian.
          Syifaa menarik abangnya keluar dari bilik wad mama.
          "Wei, apahal ni? Nak pergi mana?" tanya Siddiq yang kehairanan. Syifaa terus berjalan menuju sebuah tasik yang terdapat di kawasan hospital tersebut sambil terus menarik tangan abangnya itu.
          "Cantik tak tasik ni bang? Syifaa tengok dari atas tadi.."
          "So?"
          "Abang ni tahu-tahu je kan.. Hmm.. Adik nak tanya, apa yang berlaku dengan adik malam tu?"
          "Hah! Abang dah agak dah... mesti adik akan tanya, sebab tu bawa abang pergi sini,"
          "Mestilah, terima kasih sebab mengenali adikmu ini!" kata Syifaa sambil ketawa.
          "Mestilah abang kenal, bukan stranger pun.. Hmm.. macam ni.. pada suatu malam.."
          "Jangan main-main lah.."
          "Okey..okey.. huh! macam ni.. malam tu abang sendiri pun tak tahu ke mana adik menghilang. Gila adik kan? Dahlah kita tak hafal lagi jalan-jalan dekat sini, pandai-pandai pulak keluar tanpa izin lagi tu! Dahla badan masih lemah, sibuk nak keluar.. Dahtu, abang pergilah tanya kat kaunter, mereka cakap adik masih dalam wad tapi abang cari tak ada! Lepas tu, abang tertengok tangan yang memakai jam warna pink macam yang adik punya. Abang pun pergi lah, sah tu adik! Adik pengsan selepas kena langgar dengan sebuah kereta.. tangan adik ni terseliuh sebab terjatuh dan waktu malam tu, doktor cakap luka adik ni tambah teruk dan adik sangat lemah. Dahla kita tak sempat nak makan kat restoran tu. Abang pun tiba-tiba pengsan sebab tak makan.." jelas Siddiq. Syifaa hanya mendengar suara abangnya bercerita yang ada kalanya tinggi kerana memarahi Syifaa.
          "Haa, bang! Syifaa masih ingat waktu Syifaa hampir pengsan tu, ada orang tu panggil nama Syifaa. Siapa tu kalau bukan abang? Siapa lagi yang kenal Syifaa kat Korea ni?"
          "Ohh, dia yang angkat Syifaa dan bawa Syifaa pergi ke hospital. Bapa dia yang terlanggar Syifaa tu. Lagipun bukan salah pemandu, salah Syifaa berlari menyeberangi jalan tanpa tengok kanan dan kiri!"
          "Ya, Syifaa tahu. Tapi orang tu siapa? Berani-berani nya dia angkat Syifaa? Lelaki ke?"
          "Ya lah! Yusuf Kim..". Syifaa tersentak. "Takkan kau..arrgghhhh!!!" detak hati Syifaa. Dia tidak menyangka akan bertemu dengan Yusuf buat kali ketiga di Korea.
          "Kenapa Syifaa diam? Suka lah tu.." perli Siddiq.
          "Eh, mana ada! Jangan fitnah eh.."
          "Ish, tak..tak.. abang tak berani nak fitnah orang.. cuma meneka sahaja..kan?"
          "Tak lah! Syifaa tak suka Yusuf.. abang.. tolonglah.." rayu Syifaa. Dia sememangnya tidak ada apa-apa perasaan terhadap Yusuf. Mereka cuma terserempak sesama sendiri beberapa kali sahaja.
"Mungkinkah dia jodoh aku? Eh..eh...ish.. Syifaa.. wake up!! " keluh hati Syifaa.


          ****

          Sudah lima hari mereka berada di Korea. Mama masih tidak sedarkan diri. Syifaa jadi risau dengan keadaan ibunya. Ayahnya terpaksa pulang kerana ada tetamu khas dari Sweden yang ingin melihat produk syarikat ayahnya. Siddiq sedikit marah dengan ayahnya yang masih mementingkan kerja walaupun ibunya sedang koma.
          "Papa! Sekarang ni pun papa nak fikir pasal kerja?!". Siddiq bersuara.
          "Papa ada tetamu khas dari Sweden. Papa kan manager, papa mesti hadir. Kalau manager tak ada, mesti tak lancar nanti.."
          "Sesuai sangat lah manager tu dengan ayah. Mama sedang koma pun ayah tak peduli !". Ayahnya lantas menampar muka Siddiq kerana dia agak kurang ajar.
          "Papa!" jerit Syifaa. Syifaa menghampiri Siddiq dan melihat muka Siddiq jika tercedera. Mulut Siddiq berdarah.
          "Anak apa kamu ni? Tahu tak papa susah-susah pergi sini, beli tiket mahal-mahal, duduk dalam kapal terbang berjam-jam! Kamu tak rasa semua tu! Dan kamu tak tahu macam mana rasa seorang suami risaukan isteri! Kamu tak rasa semua tu! Jangan nak kurang ajar!"
          "Hanya untuk isteri, habis papa tak sayangkan kami, anak papa?! Papa memang tak sayang kami, papa hanya nak pergunakan kami!". Syifaa bersuara. Sekali lagi tangan ayahnya sampai di muka anaknya, Syifaa. Syifaa menangis geram. Mulutnya juga tercedera. Tangan Siddiq hampir hinggap di leher ayahnya tetapi segera ditahan oleh Syifaa.
           "Abang! Jangan!". Siddiq melepaskan tangannya dengan kuat. Siddiq memberontak. Ayahnya terus berlalu pergi tanpa salam. Syifaa terduduk di atas kerusi bersebelahan dengan katil ibunya.
           "Abang, mama.. bang!" jerit Syifaa. Ibu jari ibunya bergerak-gerak. Siddiq segera memanggil doktor. Doktor lantas membuat pemeriksaan terhadap mama. Mama membuka mata perlahan-lahan.
           "Syifaa...Siddiq.." suara perlahan mama sayup-sayup kedengaran. Doktor menyatakan bahawa keadaan mama sudah stabil dan hanya menunggu luka dan tangan mama sembuh. Syifaa memeluk erat ibunya tanda bersyukur. Air matanya berlinangan kegembiraan. Siddiq tidak putus mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat yang bertugas.


           ****
          
          "Kita balik Malaysia esok okey?" ujar ibu Syifaa. Syifaa  terkejut dan segera menghampiri ibunya.
          "Mama dah sembuh kah? Mama okey ke naik kapal terbang berjam-jam?" tanya Syifaa kerisauan.
          "InshaAllah mama okey sayang, jangan risau. Dah kemas semua barang kamu berdua,"
          "Hmm..okeylah. Mama rehat dulu ya, nanti adik dan abang kemaskan barang mama," kata Syifaa sambil membantu ibunya berbaring di atas katil. Syifaa dan abangnya mengemas berang-barang mereka tanpa banyak bicara. Setelah semua siap dikemas, barulah Syifaa dan Siddiq tidur di sebelah ibu mereka.

          Penerbangan dari Korea ke Malaysia telahpun berlepas. Syifaa seperti biasa dengan fobianya. Dia duduk di sebelah tingkap.
          "Adik, cuba adik tengok kat luar tingkap tu, cepat!"
          "Aah.. tak nak!"
          "Tengok je lah! Kalau tak rugi nanti.." kata Siddiq . Syifaa pun melihat dengan perlahan ke arah tingkap kapal terbang tersebut.
          "Waaaaaa!!! Abang cantiknya pulau tu!"
          "Haa, tahu pun! Eh, adik tak gayat tengok bawah tu?" sindir Siddiq.
          "Aah? Emm. tak! ". Syifaa tergelak.
          "Haa, kan senang nak buang fobia.. haha.."kata Siddiq. Mama hanya tersenyum sambil mengusap kepala Syifaa. Dua jam telah berlalu. Syifaa masih melayan psp kepunyaannya. Mama sepertinya merasa sakit di kepalanya. Mama terlelap. Siddiq mengalihkan kepala mama ke bahunya.


            

No comments:

Post a Comment