Tuesday 17 January 2012

Aku adalah... "remote" hidupku ! (9)

Episod 9 ~ Tangisanku, siapa yang faham?

          Esok adalah hari paling tidak diingini Syifaa , juga Siddiq. Esok mereka akan bertolak ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke Perth, Australia. Siddiq sibuk mengemas barang-barangnya kerana kehidupan mereka di sana nanti sangat berbeza dengan kehidupan sebenar di Malaysia. Syifaa berdegil dan hanya duduk di beranda biliknya. Dia sedikit pun tidak mengemas barangnya. Bagasinya juga belum dikeluarkan dari almari. Ibunya melangkah masuk ke kamarnya dan terus melulu keluar ke beranda. Ibunya sangat kenal dengan anak kesayangannya itu. Dia tidak akan lari dari rumah jika ada masalah dan hanya akan duduk termenung di veranda sambil mencuba untuk menenangkan dirinya.
          "Kenapa tak kemas barang lagi ni, sayang?". Suara lembut seorang ibu sangat diperlukan oleh seorang anak. Belaian kasih sayang yang didahagakan oleh seorang anak juga diberikan kepada Syifaa. Ibunya memeluk erat tubuh anak perempuannya itu dan mengusap kepalanya. Ibunya sangat memahami situasi yang dialami oleh anak-anaknya itu. Dia tidak dapat berbuat apa kecuali patuh arahan suami. Dia memujuk Syifaa untuk menurut kemahuan ayahnya itu.
          "Ma.. kenapa papa buat macam tu? Syifaa tak nak ma.. adik tak nak! Kenapa mesti ikut cakap papa? Maa. kenapa mama tak bela adik dan abang? Ma..". Ibunya terus menutup mulut Syifaa. Ibunya tiba-tiba terfikir sesuatu.
           "Syifaa! Jangan cakap macam tu! Cepat pergi kemas barang Syifaa. Nanti terlepas penerbangan, mama jugak susah! Dalam sejam dari sekarang, kalau Syifaa belum kemaskan barang Syifaa, mama tak akan bersuara lagi, faham?!". Nada ibunya agak tinggi dan Syifaa tersentak. Ibunya meninggalkannya dan menuju ke biliknya. Syifaa yang tadi berdiri kini terduduk kembali. Air matanya berlinangan. Ingin sahaja Syifaa terjun dari veranda biliknya tetapi mengingatkan neraka yang dihuni oleh orang yang tidak mensyukuri nyawanya sendiri, Syifaa terduduk di atas lantai veranda.
            Siddiq yang melihat keadaan adiknya itu lantas mengangkatnya masuk ke katil Syifaa.
            "Adik, adik tak boleh macam ni! Adik mesti kuat, adik mesti sabar dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar dik..." pujuk Siddiq.
            "Laeve me  alone, please! "kata Syifaa. Syifaa melihat tepat ke anak mata abangnya itu. Siddiq tanpa membuang masa meninggalkan adiknya bersendirian seperti yang dimintanya. Syifaa bingkas bangun dan mengeluarkan bagasinya. Pergerakannya agak terpaksa dan manghasilkan bunyi yang agak bising. Dia terus mengeluarkan semua pakaiannya seolah-olah lakonan orang yang ingin lari dari rumah tetapi tidak. Syifaa terpaksa bersabar dan menurut sahaja perintah ibunya tadi. Syifaa mengemas barangnya dengan air mata yang tidak berhenti keluar daripada matanya. Syifaa memberontak. Ibunya hanya dapat menahan sebak melihat keadaan anaknya dari celah pintu bilik Syifaa yang terbuka. Siddiq juga melihat gerak geri ibunya dari pintu biliknya. Siddiq juga terpaksa akur kerana tidak mahu dianggap derhaka kepada kedua orang tuanya. Mata Siddiq berkaca tetapi ditahannya segera kerana dia perlu kuat, untuk adiknya kuat. Syifaa terus mengemas dengan bunyi hentakan sana dan sini sambil barang-barang yang dikemas dibasahi air matanya.
             "Tangisanku ini, siapa yang faham..."detak hati kecil Syifaa. Syifaa hanya menghabiskan masa tidurnya dengan mengemas barang-barangnya. Sememangnya dia tidak dapat tidur kerana amarahnya belum reda. Suatu bisikan seolah-olah berbisik di telinganya.
             "Tunaikanlah solat sayangku..."bisikan tersebut mengejutkan Syifaa. Dia segera melihat di sekelilingnya, tiada siapa berada bersamanya. Suara itu agak biasa didengarinya. Syifaa teringat itulah pesanan terakhir arwah nenek moyangnya yang sudah lama meninggal sewaktu dia sepuluh tahun dahulu. Dia lantas berqiamullail dengan menunaikan solat tahajjud, hajat, taubat dan witir.

                ****

          Hari yang dinantikan oleh ayahnya telah tiba. Cuaca di pagi hari sedikit mendung dan sangat sepadan dengan mood Syifaa dan Siddiq. Juga ibunya. Ayahnya tersenyum girang dan bersedia menolong mereka memasukkan barang-barang ke dalam kereta. Syifaa menahan semua barang-barangnya daripada dibantu oleh ayahnya. Syifaa melihat tajam ke anak mata ayahnya. Ayahnya faham dan membiarkan sahaja lalu masuk ke dalam kereta Honda Accord kepunyaannya. Siddiq turut menolong Syifaa. Syifaa sejak sarapan pagi tadi tidak mengeluarkan sepatah kata pun. Ibunya risau Syifaa ambil hati dengan tindakannya semalam.
           Sewaktu berada dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang, ayahnya sibuk bercakap tentang kehidupan di Perth nanti dan juga menasihati dua orang anaknya itu. Syifaa seolah-olah menutup telinganya daripada mendengar apa pun yang keluar dari mulut ayahnya itu. Siddiq juga hanya diam kerana mahu menjaga hati Syifaa. Mama asyik melihat Syifaa dan Siddiq dari cermin atas. Syifaa termenung dan hanya diam sahaja. Terasa sahaja sebak di dada Syifaa tetapi ditahannya sahaja. Terasa juga ingin memberontak tetapi tiada gunanya juga. Terasa ingin sahaja terjun dari kereta ayahnya tetapi takut mencederakan diri pula. Syifaa hanya mampu bersabar. Senyuman manis Syifaa pun tidak kelihatan sejak malam tadi, hanya menguntum senyum dengan Pak Mail sahaja.


            ****

         Tiba sahaja di lapangan terbang, Syifaa bergegas keluar dari kereta dan menyusung trolley bagasinya.
          "Adik, tunggulah abang kejap!" jerit Siddiq. Syifaa hanya berhenti tanpa menoleh ke belakang. Siddiq muncul di tepinya sebaik sahaja selesai memindahkan bagasinya ke atas trolley. Syifaa dan abangnya bergegas ke mesin sevurity check dan ke kaunter penerbangan mereka. Setelah selesai urusan di kaunter, mereka menunggu di ruang menunggu di hadapan dewan berlepas. Syifaa mula rasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan ibunya walaupun di dalam hatinya masih tidak dapat menerima tindakan ibunya malam tadi.
           Siddiq menarik adiknya pergi ke sebuah kedai berhampiran.
           "Adik, kenapa ni? Cubalah adik senyum sikit.. Adik tak cakap apa-apa pun dari pagi tadi. Abang tengok mama macam risaukan adik, tambah lagi adik bermuram macam ni. Abang tahu apa yang terjadi semalam. Mama mungkin tak nak adik kena marah dengan papa, sebab tu mama perlu tegas sikit. Adik cubalah faham situasi sekarang ni..." jelas Siddiq sambil memegang erat kedua tangan adiknya.
            "Jadi, adik seorang je lah yang perlu memahami orang.. siapalah adik kan, orang terkecil dalam keluarga, mana orang nak ambil kisah. Siapa lah yang nak memahami adik kan.."
            "Adik!" jerkah Siddiq. Mata Syifaa memandang tepat ke anak mata Siddiq. Air mata mula bergelinangan di wajah Syifaa. Siddiq serba salah. Siddiq mengeluh panjang. Dipeluknya adik kesayangannya itu dan lantas meminta maaf atas nada yang agak kuat ketika bertutur dengannya. Syifaa melepaskan tangisan yang lama terpendam sejak pagi tadi. Dia menangis dalam pelukan seorang abang yang sangat menyayangi adiknya. Kedengaran pengumuman terakhir bagi penumpang penerbangan ke Kuala Lumpur.
             "Dahlah dik.. jum masuk dewan berlepas. Abang minta maaf okay my sweet little sister! " pujuk Siddiq menyenangkan hati Syifaa. Mereka segera menuju ke tempat duduk ibu dan ayah mereka. Siddiq bersalaman dengan ayahnya lantas dipeluk ayahnya dengan erat sambil berbisik mengamanahkan dia menjaga adiknya dengan baik. Siddiq hanya mengangguk dan bersalaman pula dengan ibunya. Dipeluk erat juga anak lelakinya itu dan ibunya memberitahu supaya sentiasa berkomunikasi dengannya apabila hidup di negara orang nanti. Tiba pula giliran Syifaa. Dia menyalam ayahnya tanpa melihat wajah ayahnya mahupun memberikan sekuntum senyuman. Ayahnya menahan tangan Syifaa. Ditahan ayahnya tangannya sehingga matanya melihat tepat ke mata ayahnya.
               "Syifaa kali ini sahaja Syifaa perlu tunaikan permintaan papa. Lepas ini, papa tak akan minta apa-apa lagi dari Syifaa. Lepas Syifaa selesai belajar nanti dan bantu papa uruskan syarikat, barulah Syifaa bebas buat apa yang Syifaa nak," jelas ayahnya dengan penuh cermat. Dia ingin sahaja melihat Syifaa tersenyum tetapi itu hanyalah mimpi sahaja.
               "Papa mesti janji lepas Syifaa bantu papa di syarikat papa nanti, Syifaa nak belajar apa yang Syifaa impikan dan dalam masa yang sama setelah Syifaa habis belajar, Syifaa nak kerja apa yang Syifaa dah belajar! Papa kena tepati janji papa!". Akhirnya Syifaa bersuara juga. Ayahnya mengangguuk setuju dan tidak berkata apa-apa kerana tidak mahu merosakkan keadaan. Syifaa berundur setapak ke belakang. Sebelum sempat Syifaa menggerakkan langkah menuju ke pintu dewan berlepas, ibunya terus memeluknya. Syifaa melepaskan tangisan dalam pelukan kasih sayang ibunya itu. Dia tahu ibunya tidak berniat untuk meninggikan suara terhadapnya malam tadi. Dipeluknya erat tubuh ibunya. Hanya dia seorang anak perempuan , anak bongsu dan juga anak kesayangan ibunya. Mana mungkin ibu yang sanggup melepaskan anak belajar di tempat yang jauh. Syifaa juga terasa berat hati ingin meninggalkan ibunya.
               "Syifaa, mama minta maaf fasal hal malam tadi. Mama tak berniat pun nak meninggikan suara pada anak manja mama ni. Mama nak Syifaa belajar betul-betul, ikut amanah papa, jaga diri elok-elok dan jangan lupa hubungi mama kat sana nanti. Mama nak Syifaa pulang dengan segulung ijazah dan senyuman manis yang mama rindukan," jelas ibunya. Syifaa tidak dapat menhan lagi air matanya. Dia hanya mampu mengangguk faham. Syifaa lantas mencium tangan ibunya dan Syifaa diberi kucupan mesra seorang ibu terhadap anaknya.
                Masa tidak mengiizinkan untuk melengah-lengahkan masa. Siddiq lantas memimpin tangan Syifaa dan terus menuju ke dewan berlepas. Syifaa menoleh untuk kali terakhir, dikuntumkan senyuman ikhlas kepada ibunya untuk menyenangkan hati ibunya. Kelihatan seperti ibunya sangat berat hati ingin melepaskan Syifaa lantas menangis dalam pelukan ayahnya. Siddiq terus memimpin Syifaa masuk ke dalam kapal terbang. Tangisan Syifaa seolah-olah sukar berhenti. Akhirnya Syifaa terlelap di bahu abang yang sangat memahami akan adiknya itu.

                ****

          Syifaa dan Siddiq tiba di lapangan terbang antarabangsa Perth, Australia. Kehidupan baru bermula pada langkah pertama keluar dari kapal terbang. Syifaa menarik nafas baru di Perth. Siddiq tersenyum melihat tindakan Syifaa. Mereka bergegas menaiki teksi untuk ke sebuah hotel yang telah di daftarkan nama mereka berdua oleh Papa sementara menunggu hari pendaftaran pelajar.
         Syifaa buat kali ke empat terserempak dengan Yusuf Kim. Syifaa amat terkejut dan hampir tidak percaya dengan siapa yang dijumpainya.
          "Oh, hye Syifaa and her brother! I never knew to meet both of you here. What are you guys do here? Study?"
          "Oh, Yusuf! Yeah, both of us are sent here to study business to help our father in his company in Malaysia. How abaout you?'
          "Ya! Me too. My father also sent me here to study business! How glad am I to have whom I know here! " kata Yusuf.
          " Woah, I never thought to meet you here. Let's be friend while we will study in same course!" pelawa Siddiq.
          "Ya, sure we can! How about you Syifaa?? " tanya Yusuf. Syifaa agak terkejut dan tidak terkata. Siddiq menepuk bahu adiknya tanda memberi isyarat sesuatu.
           "Aaah, yes! of course, " jawab Syifaa ringkas.


           ****

           Kehidupan di Perth sangat berbeza dengan kehidupan mereka di Malaysia. Syifaa bersemangat belajar kerana ayahnya berjanji setelah dia dan abangnya habis belajar di sini dan akan menguruskan syarikat ayahnya, dia akan dapat melunaskan impiannya. Ternyata ayahnya bukanlah mengawal kehidupannya sebelum ini. Ayahnya cuma mahu bersedia lebih awal bagi memudahkan Syifaa dan abangnya menguruskan syarikat milik ayahnya apabila ayahnya sudah bersara atau tiada nanti. Hanya mereka berdua sahaja lah waris ayahnya.
           Setelah tiga tahun hidup bebas tanpa kongkongan ayahnya, Syifaa dan Siddiq berjaya menamatkan pelajaran mereka. Mereka pulang ke tanah air dengan riak wajah yang gembira. Dalam fikiran Syifaa cuma ingin menyambung pelajarannya dalam bidang yang diminatinya. Siddiq juga begitu. Mereka berdua sudah membesar dengan matang. Kelihatan ibu dan ayah Syifaa menunggu mereka di dewan ketibaan.
           Syifaa yang sangat merindukan ibunya terus bergegas mendapatkan ibunya lalu memeluknya dengan erat. Diikuti juga dengan Siddiq.
           "Eh, ni siapa korang bawa balik sini??" tanya mama hairan melihat seorang pemuda sebaya mereka berdua mengekori Siddiq dari belakang. Dia terus bersalaman dengan ibu dan ayah Syifaa. Syifaa tersenyum malu dan Siddiq pula tersengih.
           "I'm Yusuf Kim, the one who bumped into Syifaa in front of the masjid in Korea last three years. Do you remember me, ma'am?" tanya Yusuf tanpa rasa segan.
           "Oh, ya! Yusuf. What brings you here?" tanya mama lagi ingin tahu. Yusuf turut tersenyum.
           "Siddiq yang ajak Yusuf datang ke sini ma. Kita dah lawat negara dia, tiba masanya dia lawat negara kita pula.. boleh kan ma?" sampuk Siddiq. Yusuf mengangguk setuju.
           "Really? Sure you can, kan sayang?". Mama memandang Papa.
           "Ah, sure. Let's go then," kata ayah Syifaa. Syifaa , Siddiq dan Yusuf hanya tersenyum dan tersengih semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Sepertinya ada sesuatu yang bermain di fikiran mereka.


           ****


          Mujur sahaja rumah Syifaa ada menyediakan bilik khas untuk tetamu. Yusuf ditempatkan di bilik itu. Sewaktu makan malam, Yusuf agak kekok kerana cara makan di sini jauh berbeza dengan cara makan di tempat asalnya iaitu Korea. Siddiq membantu dan memperkenalkan cara makan orang Melayu di Malaysia. Yusuf pada mulanya tidak selesa, tetapi setelah dibiasakan, dia mahir makan menggunakan tangan kanan.
         "Haa.. korang ni dari semalam lagi tersengih-sengih macam kambing! Apa cerita ni, huh Syifaa???" tanya Mama memecah kesunyian. Syifaa tersedak. Segera dihirupnya air kosong di dalam gelasnya. Ditenung ibunya kerenah anak perempuannya itu.
         "Uh?? hmm.. tak ada apa lah ma. Saja je nak senyum.." kata Syifaa sambil ketawa melihat Siddiq dan Yusuf.
         "Baiklah kalau macam tu. Siapalah mama ni kan..."
         "Ala..maa!! Janganlah merajuk!" pujuk Syifaa. Syifaa mendekati mamanya dan berbisik sesuatu.
         "Mama, kalau Syifaa cakap, mama jangan marah okay?". Mama mengangguk setuju.
         "Sebenarnya Syifaa yang ajak Yusuf datang sini.. "
         "But, why? He's a boy and you are girl, honey.." jawab mama. Syifaa menghela nafas panjang dan duduk disebelah ibunya. Yusuf dan Siddiq hairan melihat tindakan Syifaa.
         "Siddiq, mari sini sekejap.." kata mama. Yusuf hanya buat-buat tidak tahu kerana tidak faham bahasa mereka.
         "Apa sebenarnya motif bawa Yusuf datang sini? Cuba terang kat mama..". Syifaa melangkah pergi menuju ke biliknya. Dahi Siddiq berkerut.
         "Hmm.. tak ada apa sebenarnya. Yusuf sendiri pun nak melancong ke sini. Tambah lagi mak dan ayah dia dah beri keizinan. Tak ada lebih dari itu ma. Kenapa?"
         "Kenapa Syifaa cakap yang sebenarnya dia yang ajak Yusuf, bukan Siddiq?"
         "Ohh, umm. Sebenarnya.. memang adik yang ajak Yusuf. Yusuf setuju je, is that wrong? "
         "No, but Mum feels something different, don't you? Okay, let me go straight to the point. Is your sister in love with Yusuf???". Persoalan Mama agak mengejutkan Siddiq. Siddiq memandang Yusuf. Yusuf hanya senyum dan tidak tahu apa yang sedang dibualkan. Siddiq mengangguk lemah. Mama menarik nafas panjang.
         "She's dead if Dad know Siddiq! " kata mama.

  

No comments:

Post a Comment