Friday 13 January 2012

Aku adalah... "remote" hidupku ! (8)

Episod 8 ~ Saya tak nak, Papa!

          Sekembalinya di tanah air, Syifaa dan Siddiq kembali membantu mama menguruskan butiknya. Mama sudah semakin pulih sepenuhnya. Begitu juga Syifaa. Luka hanya meninggalkan parut di dahinya dan parut itu lah yang akan menjadi kenangan ketika berada di Korea. Tangannya kini sudah tidak sekuat dahulu. Syifaa perlu berhati-hati dan menjaga dirinya kerana dia sedar dia telah banyak tercedera dan terjatuh.
         Siddiq mula mendalami urusan jual beli, Syifaa pula sibuk mengemaskini laman sesawang butik ibunya itu untuk kemudahan pelanggan. Ibu Syifaa mendekatinya.
        "Syifaa dengan abang macam tertarik je dengan bisnes mama ni.."
        "Huh? ohh.. tak boleh ke? Adik dengan abang cuma nak bantu mama je.. "
        "Haa..haa! Mengumpatlah tu! " sampuk Siddiq yang tiba-tiba datang.
        "Main hentam je abang ni! Orang cakap pasal lain lah.. "
        "Pasal apa? Kenapa tak bawa abang berbual sekali?". Syifaa mencebik.
        "Ni.. Siddiq. Siddiq minat ke dengan bisnes mama ni..??"
        "Haa?? tak adalah ma. Siddiq cuma nak tolong mama je.."
        "Same answer.. " sampuk Syifaa. Sememangnya Syifaa dan Siddiq mempunyai cita-cita mereka sendiri. Bulan Mac tinggal beberapa hari lagi. Keputusan SPM juga tinggal beberapa hari sahaja akan dikeluarkan. Syifaa mula rasa gelisah dan resah sehingga tidak dapat tidur dengan lena.

         Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Syifaa tidak dapat tidur. Tinggal dua hari sahaja lagi keputusan SPM akan keluar. Syifaa keluar meluru ke tangga dan turun ke dapur. Syifaa berasa lapar. Tiba-tiba bayang-bayang kelihatan daripada cahaya pintu peti sejuk rumahnya. Syifaa segera menoleh lalu menjerit. Mama segera menutup mulut Syifaa takut Siddiq dan ayahnya terjaga.
         "Why are you screaming?! "tanya mama yang turut terkejut dengan jeritan Syifaa.
         "You startled me, mum! I thought it was.. "
         "Nonsence lah! "
         "Syifaa terkejut... "sambil tersenyum meminum susu kegemarannya.
         "Kenapa tiba-tiba minum susu ni?"
         "Err..emm.. lapar!"
         "Adik tak dapat tidur ke?"
         "Ya.. hmm.."jawab Syifaa sambil menghirup perlahan air susu kegemarannya itu. Mama menggeleng kepalanya.
         "Kenapa tak dapat tidur? Apa yang menganggu fikiran adik sekarang ni?". Persoalan ibunya tidak dijawab oleh Syifaa kerana dia tahu ibunya pasti sudah mempunyai jawapan kepada persoalan tersebut. Syifaa hanya diam dan terus menghirup susu coklatnya. Mama mendekati Syifaa. Dipeluknya erat sambil mengusap kepala anak bongsunya itu. Dia memang tahu sebab yang menjadikan Syifaa berada dalam keadaan seperti itu.
          "Jom kita ambik wuduk, kita qiam. Daripada adik tak dapat tidur, bagus lagi kita qiam kan.." kata Mama. Syifaa mengangguk setuju.

          ****

          Hari yang dinanti telah tiba. Keputusan SPM bakal diumumkan sepuluh minit sahaja lagi. Jantung Syifaa berdegup kencang. Siddiq telah diamanahkan oleh ibunya untuk menemani Syifaa. Syifaa sangat gementar dan tangannya bergeletar. Siddiq agak terkejut melihat keadaan Syifaa padahal cuma menunggu keputusan SPM sahaja.
          "Are you alright, sis? Why your hand shaking?" tanya Siddiq yang sedikit risau.
          "Adik tak tahu.. tiba-tiba rasa gementar sangat," jawab Syifaa perlahan. Digenggam erat oleh Siddiq tangan adiknya itu untuk meredakan gementarnya.
          "Tak kisahlah adik dapat berapa.. asalkan adik dah usaha kan..?"
          "Not that! I think of other matter.."
          "What now?"
          "You'll know tonight. Just wait and see," balas Syifaa. Keputusan telah dikeluarkan. Syifaa berdiri kaku di tempatnya duduk tadi. Siddiq berhenti dan menoleh ke belakang. Dia hairan melihat kerenah adiknya pada hari itu. Ditariknya tangan Syifaa tetapi ditahan oleh Syifaa.
          "Apa lagi ni dik, panaslah tunggu lama-lama! Kita terus pergi ambik slip je senang..". Siddiq meninggikan sedikit suaranya hanya untuk menggerakkan kaki Syifaa yang kaku di situ. Siddiq menarik sekali lagi tangan adiknya itu ke tempat pengambilan slip keputusan. Orang lain sedang berpusu-pusu melihat keputusan yang ditampal di papan kenyataan sekolah. Tangan Syifaa menjadi sejuk. Tiba di hadapan cikgu yang bertugas, Syifaa tersentak. Siddiq menunggu Syifaa bersuara.
           Cikgu menghulurkan slip keputusan Syifaa lantas Syifaa memejamkan matanya. Siddiq mengambil slip tersebut. Ternyata usahanya selama ini tidak sia-sia. Tiada yang gagal dan semuanya lulus.
            "Adik! Tahniah dik, alhamdulillah tak ada yang gagal!," kata Siddiq . Syifaa membuka mata dan melihat slipnya lalu memeluk erat abang kesayangannya itu.
            "Call mama dik, cepat! " kata Siddiq riang. Syifaa terus menghubungi ibunya . Ibunya turut sama bergembira dan bersyukur kerana Syifaa berjaya mencapai targetnya. Setelah selesai mengambil segala dokumen berkaitan, Syifaa dan Siddiq bergegas pulang dan masuk ke dalam kereta yang dipandu Pak Mail, pemandu ayah mereka.
             "Pak Mail! Syifaa dapat keputusan yang bagus! "ujar Siddiq.
             "Iya?! Syukur alhamdulillah. Dah beritahu mama, papa?" tanya Pak Mail. Syifaa tersentak apabila disebut papa. Syifaa melihat ke arah skrin telefon bimbitnya. Telefon bimbit Pak Mail berbunyi dan orang yang menghubunginya adalah papa!
              "Papa nak Pak Mail hantar kamu berdua ke pejabat.."
              "Tak nak!" jawab Syifaa sebelum sempat Pak Mail menghabiskan ayatnya.
              "Kenapa pula Syifaa? "
              "Pak Mail, hantar je kami pergi butik mama okey?" sampuk Siddiq. Pak Mail hanya menurut dan segera memberitahu Encik Syuib.
              

               ****

               Pada malam yang suram dan dingin , Syifaa tersedar daripada lamunannya melihat ke aarah bintang yang berkelipan. "Eh, Syifaa! Jangan termenung mengelamun!" detak hati Syifaa. Dia segera turun ke bawah untuk menikmati makan malam bersama keluarga selepas menunaikan fardhu Isyak.
               Syifaa duduk di sebelah ibunya. Kelihatan wajah papa agak berbeza daripada biasa. Syifaa mula rasa resah. Siddiq melihat keadaan adiknya yang kurang tenang itu segera memberikan isyarat supaya jangan terlalu fikirkan tentang papa. Setelah selesai menjamu selera, Syifaa membantu ibunya mencuci pinggan magkuk dan mengemas meja makan.
               Syifaa sekeluarga duduk menonton telivisyen di ruang tamu rumahnya. Ibunya duduk rapat disebelah ayahnya . Syifaa ingin duduk disebelah ibunya tetapi melihat muka garang papanya, dia terus berbaring disebelah Siddiq. Siddiq agak terkejut dan menoleh ke arah Syifaa. Syifaa tersenyum dan memberikan isyarat agar naik ke atas, berbual di biliknya. Siddiq pula memberi isyarat tak perlu kerana takut papa syak yang bukan-bukan. Suara papa mengejutkan Syifaa dan Siddiq. Siddiq mengeluh panjang.

               "Kamu berdua kenapa tak ikut Pak Mail pergi pejabat ayah tadi?". Suara ayah mereka sangat menakutkan Syifaa. Syifaa terdiam . Syifaa dan Siddiq saling berpandangan dan serentak duduk .
               "Oh.. emm.."
               "Tak, saya yang suruh mereka teman saya di butik tadi. Lagipun saya nak tengok slip Syifaa tadi.."sampuk mama yang memahami situasi anak-anaknya.
               "Kamu ni..macam lah  mereka tak balik rumah nak tengok slip Syifaa. Saya ada hal nak beritahu dengan mereka tadi.." balas papa. Mama mengangguk faham. Syifaa mengorak langkah tetapi segera ayahnya bersuara.
              "Nak pergi mana? Papa belum habis cakap lagi ! ". Syifaa terkejut lalu tangannya ditarik Siddiq untuk duduk bersamanya. Syifaa seakan tahu apa yang ayahnya akan umumkan sebentar lagi. Kalau diikutkan hati, dia ingin lari dan tidak mahu mendengar apa yang ayahnya akan umumkan nanti. Siddiq memberi isyarat kepada adiknya supaya bertenang dan duduk diam.

                "Papa dah tahu dah keputusan Syifaa. Papa ucapkan tahniah walaupun tak sehebat abang kamu. Pagi tadi, papa dah daftarkan nama kamu berdua dekat sebuah universiti di Perth. Ayah nak kamu berdua hadir kelas bahasa inggeris supaya senang kamu berdua hidup di Perth nanti.." jelas ayah mereka. Tekaan Syifaa amat tepat! Syifaa mula 'panas'. Syifaa berang dengan sikap ayahnya yang sangat mengongkong anaknya. Dia tahu Syifaa dan abangnya tidak langsung minat dengan bisnes dan mempunyai impian sendiri tetapi ayahnya tidak pernah menghormati keputusan mereka. Siddiq menahan tangan Syifaa apabila Syifaa ingin masuk ke biliknya. Siddiq tidak mahu penyakit adiknya itu berulang kembali.
                 "Kelas bahasa tu akan mula esok dan akan berakhir seminggu sebelum kamu berdua pergi ke Perth. Papa nak kamu hadiri kelas tu. Ayah dah sediakan semuanya yang kamu berdua perlukan apabila tiba di Perth nanti,"
                 "Kenapa papa tak pernah tanya kami berdua? Papa buat sesuatu tanpa persetujuan daripada orang lain. Entah mama setuju ke tidak. Entah kami setuju ke tidak. Kenapa papa buat perkara melulu dan pentingkan diri sendiri?!". Siddiq bersuara lantang. Tangannya masih erat menggenggam tangan Syifaa. Syifaa dapat rasakan apa yang Siddiq rasakan seolah-olah ada connection  melalui tangan mereka.
                  "Syifaa tak nak, papa!". Syifaa bersuara.
                  "Siddiq juga sama!" kata Siddiq lagi.
                  "Kenapa dengan anak kamu dua orang ni?! Papa tak peduli, papa nak kamu dua pergi juga belajar di Perth nanti. Tak ada siapa yang boleh menghalang papa!". Siddiq dan Syifaa serentak menoleh ke arah mama. Mama tersentak lalu meninggalkan mereka. Syifaa hairan dengan tindakan mama yang selalunya akan menyokongnya.


              


No comments:

Post a Comment