Wednesday 25 January 2012

Aku adalah... "remote" hidupku! (10)

Episod 10 ~ aku adalah..."remote" hidupku!

          Suasana dingin di pagi hari. Hari ini sudah hari ke lima Yusuf berada di Malaysia. Waktu sarapan pagi dihidang dengan menu ala Korea. Yusuf sangat berterima kasih dengan ibu Syifaa yang sudi memasak masakan Korea. Ayahnya tiba-tiba menyoalkan perkara yang mengejutkan.
          "Siddiq, betul kah apa yang papa dengar?" tanya papa secara lantang. Syifaa hampir-hampir tercekik. Siddiq memandang tepat ke arah ibunya.
          "Haa? Apa maksud papa??" tanya Siddiq buat-buat tidak faham.
          "Betul kah Yusuf ni datang sini sebab ikut Syifaa?"
          "Apa pula ikut Syifaa pa..?? Syifaa ajak dia ke sini sebab dia nak melancong dan belum pernah datang ke Malaysia. Is that wrong?! " sampuk Syifaa.
          "Papa tak benarkan Syifaa berkawan dengan dia! Apatah lagi nak jadi teman wanita dia! "
          "Mana janji papa? Papa kan dah cakap selepas Syifaa pergi belajar kat Perth, papa janji tak akan kawal apa yang Syifaa lakukan. Syifaa hanya kawan je dengan Yusuf! Papa tak tahu apa jadi kat sana. Dan Syifaa tak suka orang tak tepati janji!". Syifaa sedikit memberontak. Ibunya meredakan kemarahan ayahnya.
          "Baiklah, kalau betul Syifaa suka kat Yusuf dan Yusuf pun suka kat Syifaa, baeritahu dia supaya bawa mak dan ayah dia masuk meminang. Baru papa benarkan..". Penjelasan ayahnya itu agak mengejutkan Syifaa. Siddiq dan ibunya turut terkejut. Yusuf tertanya-tanya apa yang sedang berlaku.

                                    ****

          Syifaa termenung memikirkan tentang perkara tadi. Siddiq tiba-tiba masuk ke kamar adiknya.
          "Dik, macam mana tadi tu?" tanya Siddiq.
          "Haa..abang! Abang..Syifaa tak tahu nak buat apa,"
          "Abang dah cakap dengan Yusuf fasal tu tadi. Yusuf cakap esok dia akan balik Korea dan memberitahu ayah dan mak dia. Nampak macam Yusuf betul-betul sukakan Syifaa!"
          "Huh?! Betul ke bang? Abang jangan main-main dengan benda ni. Syifaa belum bersedia lah!"
          "Apa Syifaa tunggu lagi. Ini lah masanya dik!"
          "Masanya? Maksud abang... Syifaa akan dapat teruskan impian Syifaa kalau Yusuf dapat gantikaan tempat Syifaa dalam syarikat Papa?!"
          "Ish! Tajamnya fikiran adik. Macam mana adik tahu abang fikirkan benda tu?"
          "I'm your sister, Abang!" kata Syifaa sambil tersenyum girang.
          Pada keesokan harinya, Siddiq dan Syifaa menghantar Yusuf ke lapangan terbang. Sebelum Yusuf masuk ke dewan perlepasan, Yusuf membisikkan sesuatu ke telinga Syifaa.
          "Wait for me to marry you!". Yusuf segera meninggalkan Syifaa dan Siddiq. Syifaa sedikit tersentak.


                                    ****

          Syifaa dan Yusuf telah sah menjadi suami dan isteri. Mangalir air mata Mama kerana tidak percaya bahawa anak bongsunya telah pun mendirikan masjid dengan anak bumi Sonata. Papa turut tersenyum lebar. Siddiq mengucapkan tahniah kepada Syifaa dan Yusuf. Majlis perkahwinan mereka diadakan secara sederhana dan akan melangsungkan perkahwinan di Seoul pada bulan depan.

          Siddiq sudah mula berkhidmat di dalam syarikat ayahnya. Setelah selamat melangsungkan perkahwinan di Seoul, Syifaa dan Yusuf pulang ke tanah air dan mula menyertai Siddiq di syarikat ayah mereka. Syifaa meminta izin Papa dan juga Yusuf untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang penyiasatan. Permintaannya diterima. Kini Syifaa dalam proses mengejar impiannya. Siddiq dan Yusuf tekun membantu Papa dalam syarikatnya. Yusuf telah membawa kakaknya yang berminat dengan butik ibu Syifaa. Dia sudah mula bekerja dengan Mama di butiknya sebagai pengurus kewangan.

           Kini, Syifaa dapat menarik nafas lega. Dia kini sudah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang kegemarannya dan mula berkhidmat di pejabar polis di bandar tempat tinggalnya.
           "Sememangnya aku adalah.. "remote" hidupku! Sebanarnya tiada siapa yang boleh menghalangku daripada mengejar cita-citaku!" detak hati Syifaa. Kini, tiba pula giliran Siddiq untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kegemarannya iaitu menjadi seorang juruterbang yang berwibawa. Dia sudah pun mendaftarkan dirinya di GGIFA.

          Kini, Yusuf sudah fasih berbahasa Melayu. Syifaa dan keluarganya juga sudah fasih berbahasa Korea. Sangat seimbang. Dalam setahun sekali, keluarga Syifaa akan menziarahi keluarga Yusuf di Seoul dan sama juga keluarga Yusuf akan menziarahi keluarga Syifaa di Malaysia.

         Syifaa kini sudah bebas melakukan apa yang dia inginkan. Dia bahagia hidup di samping keluarganya. Siddiq akhirnya pulang dengan membawa bakal isterinya. Berasal dari Singapura.
Kehidupan mereka memang sudah ditakdirkan bahagia.

                                                        **** Tamat****

No comments:

Post a Comment